29.10.13

Kehidupan dan Perubahan

Kadang-kadang
rase macam mana entah bila tengok orang susah nak dirikan solat. yang solat topup-topup, orang ni tutup aurat, ker balut aurat, ikhtilat terbang entah kemana. tepuk tampar sini sana. errr gigit jari la nampak nya.
*Aku punya thought masa awal-awal pandangan hidup berubah*

Masa tu rasa nak angkut semua orang "on the spot" dalam kebaikan. dugaan. once kita mula masuk alam perubahan, ape yang ada di sekeliling kita terlalu cepat menilai,melabel, membanding bezakan diri kita dengan orang sekeliling, rasa diri kita ni la yang paling bertuah dan baik berbanding mereka. Bahaya!

Nampak tak liciknya kerabat syaitan nirojim ni nak buat niat tu jadi tak lurus dan dalam masa yang sama ada sifat riak kat situ. Itu baru satu situasi, kalau ikut ada banyak lagi bentuk.

Ini salah satu bentuk dugaan lagi, memandangkan awak sedang dalam arus perubahan maka akan ada insan-insan sekeliling akan cuba spread negatively terhadap awak even family awak sendiri. Paling penting perlu banyak bersabar dan letak pergantungan sepenuhnya pada Allah.Mohon pada Nya agar kita diberi kekuatan untuk berdepan dengan semua yang ada di sekeliling kita, dan doa agar mereka juga diberi  hidayah oleh Nya.

Tiap-tiap dari kita memang pernah lalui "zaman jahiliah" yang cerita nya berbeza-beza. Ada yang bangkit hebat lagi lepas jatuh , tapi tak kurang juga sentiasa jatuh dan jatuh. life- is long learning process kan. kita jatuh untuk bangun. kalau kita tak cuba bangun sampai bila-bila pun kita tak akan belajar. belajar dari pengalaman, ia sangat mematangkan.

Bila kita dalam arus perubahan nak jadi baik, torn upside inside, err Allah bagi macam-macam bentuk dugaan. Tapi tak pe, Dia bagi sebab Dia tahu kita mampu (2:286) ingat tak ayat dalam surah al baqarah ni, Allah tak kan memberati seseorang melebihi kemampuan dirinya.


devianart: russanov

Sebenarnya lagi banyak kita belajar dari kehidupan ni,lagi banyak kita sedar akan sesuatu yang kita tak pernah nampak sebelum ni dan lagi banyak perkara yang kita tahu.Pada masa yang sama kita akan dapat membina kehidupan yang lebih baik dari sebelum-sebelum nya.

Akan sampai suatu masa dimana makin hari kita makin percaya dengan setiap aturan Allah untuk kita.Kita dapat menafsir satu persatu yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari, apa yang kita lalui semalam,hari ni, semua ada hikmah tersendiri.

SubhnaAllah perasaan itu adalah nikmat yang diberi oleh Nya, mugkin mengambil masa untuk merasainya. Jadi jangan pernah mempunyai prasangka yang buruk terhadap takdirNya. Teruskan usaha untuk meraih rahmat Allah, sematkan ia di lubuk hati paling dalam. have faith in Him. Yakinla yang kasih sayang Allah melebihi dari murka Nya.

26.10.13

Allah Love YOU


Just ignore what other people said about you, even they're closely with you or not,
But they don't know how hard your struggle, how much tears roll down, pain that you have to face it alone, but Allah does. 
He sees it
He hear
He care.. indeed! 
All the hardship that Allah send to you is not to impose you but to purify and complete His blessing upon you, and you might be thankful for it (5:6). 
Just be slave of Allah, not slave of other people judgement. 
Be patient with all negatively that surround you. Head up, have faith, stay strong, move on.

p/s: Because Allah love you.

21.10.13

Menuntut ilmu

late night entry, tadi baru jer mengisi perut dengan "sup pedas korea", pukul 11.00 masak, 12.00 baru boleh makan, alhamdulillah first attempt, not bad la. *masuk bakul angkat sendiri

Asalnya bukan cerita ni nak saya kongsi pada entri kali ni. Tadi nak dijadikan cerita saja singgah website JAKIM, rasanya tadi jugala baru nak explore website tu, ternampak pula pasal kemusykilan agama, Allah terpempan seketika. Mana tak nya sebelum ni tak pernah ambil tahu, yang best nya 1001 soalan kemusykilan agama ada kat situ untuk kita jadikan rujukan.
if korang drop kat website JAKIM, press 'kemusykilan agama' then akan keluar macam ni.

Saya rasa bukan saya saja, kita ni mungkin banyak da lupa topik-topik seperti ibadah,muamalat,Quran&hadis,munakahat yang kita belajar dalam subjek agama Islam waktu SPM dulu, kan. Dulu tak sedar, tak ada matlamat yang jauh, belajar atas sebab exam, saya sendiri banyak lupa. Rasa malu pula, kalau perkara asas kita tak mampu untuk terangkan bila ditanya.Menurut saya menuntut ilmu adalah satu proses berterusan, tak kisah la if kita da belajar sampai  jadi Phd holder sekali pun.

Banyak lagi yang perlu belajar, jangan kata esok ada anak, then anak tanya tak tahu jawab, baru nak tersedak. Tugas mendidik anak-anak tanggungjawab ibu bapa sendiri, jangan serahkan semata-semata pada intitusi pendidikan dan guru, sebab nak lahirkan ummah yang gemilang karakternya bermula dari rumah ye sayang. Allah. Saya yakin ramai yang nak anak-anak yang bijak, berjaya dalam kerjaya, dan sebagainya. Tapi pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kerjaya tidak menjamin kecermelangan mereka dari aspek penguasaan ilmu yang sebenar, boleh jadi mereka gagal dalam menguruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Mufti Ismail Menk ada kata, ibu bapa perlu jadi contoh terbaik untuk anak-anak mereka, "leading by example", siapa 'example' tu? KITA la 'example' tersebut.

Moral of the story, mulai sekarang polish balik ilmu-ilmu fardhu ain tu ye. Di website Jakim banyak juga topik-topik tersebut. Saya kira generasi Y sekarang sangat beruntung, jangan kata tak tahu nak cari ilmu dimana, sebab sekarang semua dihujung jari, tapi jangan la terlalu bergantung pada pak cik google tu ye, kena rujuk mereka-mereka yang diyakini ilmunya. Di youtube sendiri ada audio&video yang dimuat naik dari perbincangan-perbincangan di IKIM. If macam program Tanyalah ustaz di tv9 tu kalau kita tak sempat nak menonton, kita boleh tengok siaran ulangan di website Tonton. Mudah kan nak cari ilmu zaman ni, tinggal lagi kita nak mulakan pencarian atau tak. Ingatan untuk saya juga ..;)

p/s: . Ilmu bukan hanya pada pencapaian, tapi pada amalan dan tindakan. 
"ya Allah please increase us with knowledge".

20.9.13

Short Post #4

Andai kita hilang sokongan, tersisih dari manusia sekali pun
ingat kita masih ada Dia yang sentiasa setia menyokong kita, Dia tidak pernah mengecewakan.
insya Allah usaha dakwah sekecil zarah yang kecil itu Allah lihat dan nilai.
Keep do a good work that will benefit others. Allah see every single effort you did, even a small ones.

#positif #buat baik pada semua orang, walaupun orang tidak suka pada kita.
moga Allah anugerahkan kita mata untuk sentiasa melihat kebaikan yang ada pada semua orang, hati yang sentiasa memaafkan, dan jiwa yang tidak pernah hilang keyakinan dan harapan. Amin

17.9.13

Backbiting

salam every one, i'm drop a few minute here just to sharing something, a short one. about backbiting.
Abu Hurayrah narrated that the Prophet said, “Do you know what backbiting is?” They said, “Allah and His Messenger know best.” He then said, “It is to say something about your brother that he would dislike.” Someone asked him, “But what if what I say is true?” The Messenger of Allah said, “If what you say about him is true, you are backbiting him, but if it is not true then you have slandered him.” . (Muslim)
http://purematrimony.com/ 

p/s:  I know that sometime we're not to realize what we're talking about
 or maybe not really know we're do it.i sharing for deep reminder to me itself, and u.
may Allah grant us protection to keep away from this.

8.9.13

Kelebihan Bertudung Labuh

 
sumber: google


Assalamualaikum.

Entri express.

"Mengapa saya bertudung labuh?"

Easy, ada banyak kelebihannya:-

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).


Kesimpulan, sila teruja untuk bertudung labuh.
dipetik dari laman blog: Selamat Tinggal


p/s: pesanan saya kita tak perlu ambil kira pandangan manusia, dilabel muslimah atau solehah itu tidak penting, yang penting niat IKHLAS kerana Nya. Cukuplah Allah suka dan redha.Tapi kebiasaanya bertudung labuh ada la menjadi pencetus untuk membentuk karakter agar ia selari dengan penampilan..

Pada masa yang sama kita ada minat yang banyak untuk menuntut ilmu.Insya Allah, Dia akan bantu kita paham, pilihan yang kita buat semua kerana Allah dan nak peroleh Redha Allah..bahkan pilihan ini akan membuatkan kita rasa Dia sangat dekat dengan kita, nak buat apa-apa pasti teringatkan Dia, lebih kurang banyak bermonolog dengan Dia di mana-mana..

Nak jadi baik, tak semestinya perlu bertudung labuh sayang- sayangku. it juz an option. yang penting tutup aurat dengan sempurna walaupun tudung tu bidang 45/pashmina/shawl, yang penting tak jarang, jika jarang pakai inner neck, menutup dada, pakai stongan dan stokin, baju longgar...COMPLETE. mudahkan..
bukan kah sebaik-baik pakaian itu pakaian TAQWA...
jadi pakaila pakaian mu yang bisa menambahkan taqwa mu kepada Allah. :) (7:26 surah Al-a'raf)

7.9.13

Short Post #3

salam there, well i felt sorry to my blog,
seems  i fail to update and share some knowledge even bring writing from my own thought... may Allah  grant us strenghts to spread knowledge about Islam and care with ummah issue...

i just want this blog to be like Tumblr, but fail..hee..the place i feel more comfy with is tumblr...
there, we don't know each other, but we share and reblogged anything without care about people think and said....heeee...it juz like a quick journal....

if u have an i phone i guess u can simply take a photo then post through tumblr apps, write and post..that's  it...simple right...juz like twitter...that what i admired most about tumblr....
 same thing i make  it through my twitter,
by not accept any anynomous people, but follow many 'inspired' people...haha.. weird ha...lalala

So true...heeee

p/s:  ngee, quite weird if i do writing in english,
errrr i wonder how people can write easily what appear in their mind....whoaa...
go getter ha wif english stuff... i know its not easy, need to bring along big dictionary anywhere..keh..keh, whatever language ur use, the most important thing is make ur writing reach and arrive in the heart of people. Do you get it *sory broken* and write something that will benefit others.
Last one, write it for the sake of Allah s.w.t...have a good intention ya and Allah will make thing easy...:)

4.7.13

Ketagih




ahlan wasahlan,
akhirnya jumpa jugak 'bumbung rumah', ingat nak menetap lama lagi dekat  utagha..
pergi macam-macam tempat, jumpa ramai orang sampai ke pantai timur, pengembaraan yang tersangat ler osem bersama pak ndak dan mak ndak...terasa macam anak bongsu pulak.. tapi depa memang sempoi habes, macam kawan2 jer...

ak yg dari tak pandai makan ulam,da pandai makan, dari tak berapa berkenan dengan durian,sekarang boley la setakat 1 bijik hadap sorang-sorang...tapi sepanjang 2 minggu kat sana perut sentiasa jugak terisi, pendek kata tak pernah lapar...rohani pun terisi, berpeluang jugak ikut serta majlis bacaan yassin dekat kawasan tu...yang syok nya qasidah,burdah mak cik-mak cik ni punyala panjang lepas tahlil...tahap mencungap jugak la ak nak kejar, sesuatu yang orang2 muda  jarang buat..but it's fun.. something new for me..harap boleh ikut serta lagi..;)

btw balik pada tajuk, ak da sampai tahap dimana 'addicted' , addict  tengok all this 'syariat' stuff..haha... siap provide site,kalau ikut kan terlalu banyak,kalau rajin, boleh join teamKhemah di fb...diaorang selalu promote all stuff kat situ...


kalau la ada banyak duit,nak jer sapu semua ni biar penuh 1almari....tapi kalau untuk 'pilihan hidup beryariat ' ni pada pendapat aku biasanya Allah akan mudahkan walaupun harga baju-muslimah tudung,abaya, agak mahal, memang mahal, lagi pun syurga Allah tu kan mahal..

Tapi kadang-kadang tu sampai tahap nak beli semua dalam 1 masa, hah yang ni kena kawal.Jangan terlalu ikut nafsu nak membeli tu..slow...slow...
tapi Allah akan takdirkan kita tengah tak de duit biasanya masa nak borong banyak-banyak tu. ..hehe

baru start berjinak-jinak..even sakit untuk istiqamah, mujahadah melawan diri,harap ketemui manisnya disana nanti....insya- Allah, may Allah bless every single things*senyum ....
'everyone deserve to change, everyone deserve sorga'...

19.5.13

Jangan Dekati Dia, Tapi Dekati Wali Dia

credit to my 'jalanan' idea..hee

ha awak(lelaki) yang kat luar sana tu, if da ada niat nak dirikan masjid la, jangan la ajak anak orang bercinta lama-lama, tabur 1001 janji manis tak berkesudahan tu....buang masa jer..nak pulak zaman ledakan teknologi ni..huh mencabar...kowt la si dia yang awak minat tu jenis tak suka mulakan perhubungan dengan sms,chat,fb dan sebagainya...

nak bercinta memang tak salah tapi lebih elok ia disuburkan setelah menikah, tak gitu ker..kan lebih terjaga. cinta tu fitrah tapi boleh jadi fitnah la kalau tak pandai nak manage..eceeh ceewah pandai pulak berfalsafah...kalau berani, betul-betul da ready jumpe terus mak ayah si 'dia' kan mudah tu..nak tahu lebih detail, just ask her father.. kompem maklumat 100% dijamin tepat..hehe..tak berani  nak dapat maklumat dari ayah dia, korang hired orang tengah la, kiranya macam member baik dia ker, saudara ker... tapi kalau boleh orang tengah yang boleh dipercayai, seeloknya orang yang rapat dengan  dia..

untuk yang masih single mingle, jangan risau semuanya da tertulis kan..percayalah nanti once u 're ready, Allah will send her/him to you. be positive..Dia biarkan awak sendiri  sekarang ni sebab Dia tahu awak mampu bergerak sendiri.ada masa dan ruang yang lebih untuk lead ur self to be more prepared..

so bear in mind, that we're born alone, die alone, u 'll judge alone, so dun be sad if u always being alone...chill la... kalau awk letak Dia dalam hati, insha Allah awak tak rase hidup ini keseorangan, maka nya rajin-rajin la spent masa dengan Dia kat atas sana, Dia Maha mendengar...

p/s: bercinta sebelum kahwin, takut-takut lepas kahwin jadi hambar jer, ehh..kesimpulan nya mohon teruja untuk bercinta lepas kahwin, macam mak ayah kite dulu-dulu...hee.
ha dont easy speculate, post ni tiada kaitan dengan penulis eh...;)

12.5.13

Hah Reverse Punch

A: gigih kau nak belajar reverse punch ni kenapa??
B: eh nape pulak, xboleh ker...
A: bunyi macam nak belasah orang jer..
B: eh.eh tak ler itu for more safety la, nak upgrade skill kowt...tak kan tak boleh..


p/s:monolog dengan diri sendiri..

7.5.13

short post #2

yeahh light rain out there.... i juz  like this rainy day and those rain smell....
its a moment that i can't describe with word, how i feel the greatest of Allah creator....

اللَّهُمَّ صَيِّبَاً نَافِعَا

“O Allaah, (bring) beneficial rain clouds.” 
p/s: one of the best time to make dua is during rainy day...so don't lose ur opportunity to make ur supplication during rainy day and its likely to be accepted by Allah...:)
   

11.3.13

Pesta Buku 1 Malaysia 2013

Salam,ohhh hari ni sy mimpi untuk membuat sedikit contengan di blog .....terasa sayang pulak kat blog, dibiar jer besawang selalu...diri sendiri jer yg tahu betapa susah usaha pembikinan blog.....eh... ok tak mahu melalut panjang berjela, juz nak kongsi pengalaman pertama pergi pesta buku..
serius seronok even kaki bagai nak tercabut...

seterusnya macam biasa biar gambar-gambar saja  menjadi penyambung Cerita...heee

perut masing-masing mintak di isi,serius kebuluran waktu ni



memandangkan selera xseperti orang lain,hanya mampu telan ini saja.....*geng xpandai makan ayam..mereka kata sy RUGI
lunch hour di taja khas oleh cik syikin.....kami suka... :)
masuk-masuk PWTC tudiaaaa...stuck kat booth telaga biru....
hohoho..buntang mata tengok buku,xtahu nak pilih mna satu
bertiga-harap bersama juga sampai sorga..amin...<3
takde org ni la keje nya.....

moga ada kesemptan lagi untuk kt bertiga pergi ke pesta buku lagi selepas ni...sayang korang...lillahitaala

harap dapat pergi lagi pesta buku lepas ni, hlovate jadi sasaran seterusnya ....jatuh cinta dengan bahasa-bahasa jiwa.....macam da jatuh cinta dengan penulisan pun ada.....setakat tulis diari, mampu la...hee

p/s: da masuk week 6 untuk intern, what u feel?? better or worst??..
alhamdulillah mereka semua baik-baik, banyak beri tunjuk ajar, 
cuma gue yang kena put effort  sikit untuk ringankan mulut bertanya,
banyak lagi perkara yang perlu belajar, kena list down hari ni nak belajar ape?
sekarang "sakan" betul jari ni cari bahan bacaan untuk self reflection, tak salah, by the way wont be 'sakan sangat' like now after this... its time 2 be serious..coz we've a work to start to do...*report, 3 month left, note that!!

29.1.13

selamat pengantin baru Bep. Barakallah

Salam..fuhhh, berhabukk... da 3 hari otak ligat memikirkan entry ape yang mahu ditaip..aaaa nampak pemalasnya nak update blog, jelajah blog hari-hari gamak nya..

Tak da angin tak da ribut, tetiba nak taip entry pasal kahwin...haa aku kah???
x heh, jodoh kawan aku sampai dulu. Tetiba timbul persoalan dalam benak kepala.
what are you feeling ??? hahaha serius aku jawab tulus dari hati, ak tumpang gembira, sumpah tak tipu......tengok member aku yang giler2 ni lagi la hepi, muka photogenik betul..

kenapa tak rasa pulak macam sesetengah individu punya feeling yang agak tertekan, sedih, sayu, pengsan tengok kawan kahwin dulu...eh? *tersedak mak...
umur 24, 25 ni cantik sangat la kalau kahwin,
tapi kena ingat jodoh kan ditangan Allah.. Dia akan gerakan dua hati jika 2 hati itu betul-betul bersedia untuk pikul tanggungjawab n bersatu..tak gitu..*smile until reach the ears like big grins:D
k otak da mula tepu untuk tulis panjang-panjang,hehe..
ok lets pic talk ...
special untuk bep... cc:photgrapher adilah hamzah   

da macam retis masing-masing, muka macam berkurun lama tak nampak kamera..eheh

with our super lovey dovey bride..... subhanaAllah cantik,mcm bidadari..<3
tinggal kenangan, lepas ni bila la dapat jumpa lagi..sob..sob












dalam kalangan kawan-kawan, ini la kenduri kawen pertama yang aku turun padang...kalau nak diikutkan rakan-rakan sekolah sorang pun tak da lagi.... eh....

da tu semenjak pulang ke rumah ni kepelikan+kehairanan pula dengan abah, kata nya tak caya umur aku da masuk 24.. (lebih kurang gini dialognya)
abah: ha umur da 24 ker kakak, ibu kalau umur sedang-sedang kakak ni dulu da ada   anak 3...*tersedak gue..
aku  : kakak ada anak jugak la,2 lagi.. ha anak tekak, anak mata....hehe
tak pernah-pernah pulak abah ni nak isu kan topik ni, haha...

da mula la peringkat umur soalan cepu emas nak keluar....
nasib baik jenis aku tak kalut sangat pasal ni..
silap-silap nanti aku kata macam ni,
abah je la yang cari untuk kakak.. *pengsan
p/s: such a beautiful wedding, barakalahu fiq.... i'm happy for you bep...
      tenkiu untuk kek yang sangat sedap,hihi
      semoga dapat bina keluarga yang comel dan kekal sampai ke syurga
      doakan kitaorang yang bujang ni bertemu jodoh yang baik jugak yer..hehe
      cukup sekadar perkongsian gambar-gambar kenangan yang dikongsikan disini...
      even kita hanya rapat seketika, tapi kalian semua telah menjadi sebahagian dari
      hidupku..

3.1.13

You Are The Author

 #entryExamSyndrom, 4:35 am jumaat,4 jan 2013                                                                              
p/s: gedebuk 1 kat muka, fuhhh serius takottt.....gulpp
n i hope will receive it from my right hand....... (56:8)
lets fight for hereafter!!      

SHARING IS CARING