3.10.14

Tahukah Anda Apa Itu Cinemagraph ?

Asaalamualaikum , fuh.fuh berhabuknya blog. Hari ni terajin menulis entri, esok lusa perlu terajin lagi untuk menulis. Walaupun da berblog since 2011, masih banyak lagi tentang blog yang saya sendiri masih ketinggalan, satu sahaja tujuan saya buat blog mula-mula dulu, hanya untuk suka-suka, tapi da menginjak dewasa ni tujuan tu mula berubah.Ada satu ketika saya fedup, rasa nak delete terus. Tapi bila mengenangkan susah payah menghadap coding sampai lebam, terbantut terus niat tu. Hehe eh panjang pula mukadimahnya.

Ok berbalik pada tajuk , hari ni saya nak kongsi dengan anda semua mengenai cinemagraph, saya pasti anda mesti  suka, saya pun suka juga sebab saya minat photography, alhamdulillah bila minat, secara tak langsung saya tahu term-term dalam bidang tersebut.

TAHUKAH ANDA APA ITU CINEMAGRAPH?,

cinemagraph ialah satu term photography. Secara umum gambarnya hampir sama dengan animated. gif.  Animated .gif tu apa ? alah yang gambar gerak-gerak tu. Tapi kualiti gambar cinemagraph ni lebih baik berbanding dengan animated.gif biasa. Sebab ia dihasilkan dengan mengambil satu siri gambar dalam video dan gambar tersebut akan diedit tmenggunakan editing software dan disimpan dalam format gif.

 Hari ni kita nak kongsi gambar sahaja. Lets picture talk. milkysmile









Cantikan kualiti gambar yang terhasil sebab ada keunikan tersendiri. Kalau nak tengok yang lagi cantik, boleh googling. Ada banyak sebenarnya. Saya memang taksub dua tahun lepas dengan cinemagraph ni, gigih juga googling tuto, sampai sekarang masih tak menguasaimilkysmile.Akan datang InsyaAllah bila saya sudah menguasai, saya akan kongsikan sedikit tuto nya disini. If anda nak mudah, anda boleh cari app berkaitan dengan cinemagraph ni di playstore. Ok jumpa lagi di enti berikutnya. Assalamualaikum.

SHARING IS CARING