29.10.13

Kehidupan dan Perubahan

Unknown|
Kadang-kadang
rase macam mana entah bila tengok orang susah nak dirikan solat. yang solat topup-topup, orang ni tutup aurat, ker balut aurat, ikhtilat terbang entah kemana. tepuk tampar sini sana. errr gigit jari la nampak nya.
*Aku punya thought masa awal-awal pandangan hidup berubah*

Masa tu rasa nak angkut semua orang "on the spot" dalam kebaikan. dugaan. once kita mula masuk alam perubahan, ape yang ada di sekeliling kita terlalu cepat menilai,melabel, membanding bezakan diri kita dengan orang sekeliling, rasa diri kita ni la yang paling bertuah dan baik berbanding mereka. Bahaya!

Nampak tak liciknya kerabat syaitan nirojim ni nak buat niat tu jadi tak lurus dan dalam masa yang sama ada sifat riak kat situ. Itu baru satu situasi, kalau ikut ada banyak lagi bentuk.

Ini salah satu bentuk dugaan lagi, memandangkan awak sedang dalam arus perubahan maka akan ada insan-insan sekeliling akan cuba spread negatively terhadap awak even family awak sendiri. Paling penting perlu banyak bersabar dan letak pergantungan sepenuhnya pada Allah.Mohon pada Nya agar kita diberi kekuatan untuk berdepan dengan semua yang ada di sekeliling kita, dan doa agar mereka juga diberi  hidayah oleh Nya.

Tiap-tiap dari kita memang pernah lalui "zaman jahiliah" yang cerita nya berbeza-beza. Ada yang bangkit hebat lagi lepas jatuh , tapi tak kurang juga sentiasa jatuh dan jatuh. life- is long learning process kan. kita jatuh untuk bangun. kalau kita tak cuba bangun sampai bila-bila pun kita tak akan belajar. belajar dari pengalaman, ia sangat mematangkan.

Bila kita dalam arus perubahan nak jadi baik, torn upside inside, err Allah bagi macam-macam bentuk dugaan. Tapi tak pe, Dia bagi sebab Dia tahu kita mampu (2:286) ingat tak ayat dalam surah al baqarah ni, Allah tak kan memberati seseorang melebihi kemampuan dirinya.


devianart: russanov

Sebenarnya lagi banyak kita belajar dari kehidupan ni,lagi banyak kita sedar akan sesuatu yang kita tak pernah nampak sebelum ni dan lagi banyak perkara yang kita tahu.Pada masa yang sama kita akan dapat membina kehidupan yang lebih baik dari sebelum-sebelum nya.

Akan sampai suatu masa dimana makin hari kita makin percaya dengan setiap aturan Allah untuk kita.Kita dapat menafsir satu persatu yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari, apa yang kita lalui semalam,hari ni, semua ada hikmah tersendiri.

SubhnaAllah perasaan itu adalah nikmat yang diberi oleh Nya, mugkin mengambil masa untuk merasainya. Jadi jangan pernah mempunyai prasangka yang buruk terhadap takdirNya. Teruskan usaha untuk meraih rahmat Allah, sematkan ia di lubuk hati paling dalam. have faith in Him. Yakinla yang kasih sayang Allah melebihi dari murka Nya.

SHARING IS CARING