26.8.11

PHOTO EDITING CONTEST BY EIN RAZAK& DAYAH JELITA.........

Salam ramadhan semua...macam mana puasa hari ni,harap dapt bertahan sehingga waktu berbuka ea....okeh entry kali nak citer tentang contest pertama yang aku join,siyessss aku suka sebab ianya contest photo editing....yahuuuuuu...nak cube gak nasib..hihi..dapat xdapat len citer ea.....

Sesungguhnya aku sangat berterima kasih kepada tuan pnya blog,sebab melancarkan contest ini....hihihi...
jom TERJAH blog ni......






sila KLIK pada barner untuk tahu dengan lebih detail.... Setelah membuat perkiraan,pikir masak2 sampai hangit.....dengan kuasa VETO yang aku ada,maka nya aku memilih gambar yang sudah sedia ada dalam post blog ini....hihhihi...bukan MALAS nak edit tapi kekangan masa tidak membenarkan aku untuk ngedit gambar,sebab nya kalau aku mengeedit gambar,mau nya 3 jam pon xsiap......huhuhuhu.......

okeh aku pertaruhkan gambar ini



 SEDIKIT PENERANGAN TENTANG  GAMBAR INI

Gambar ni aku edit dengan menggunakan Ps cs3.......
Gambar yang edit nampak lebih sharp,kontra warna yang terang sebab
ni aku gunakan adjustment black n white..

cube korang tengok betul2,teknik gambar yang aku fokuskan,aku fokuskan pada imej,dan background dibelakang akan jadi blur..
teknik yg diguna pakai  ni seolah2 kita bermain dengan shutter speed & apperture ketika menggunakan DSLR,tapi aku hanya guna kamera digital,dengan adanya power of Ps,maka terbentuk la blurr effect pada backdround tersebut...gunakan filter n surface blurr...

Actually aku edit pakai tekan jer mana2 tool,hihihi..tapi untuk yang blurr  effect tu aku ada belajar dari 1 tutorial..pon xingt mana tutorial tu....
okeh aku rase nak tag nama  kak rina....... tarikh tamat contest 30 september 2011, jd jom kita join ramai2...
P/S: okeh setakat ni jer entry kali ini...Siyess dulu aku xmeminati bab edit mengedit ni,atas alasan xRETI...jelous tengok kengkawan hebat mengedit gambar.......guna photoscape pon nampak hebat taw....ALHAMDULILLAH kini aku boleh mengedit ckit2,xbrape pandai lagi sebab masih dalam proses pembelajaran,
my sifu la orang yang inspired me untuk terjun ke bidang edit gambar.....sifu aku ni mungkin HUSTLE dalam bidang edit ...xpenah aku belajar ngan dia tp dia ni la yang bawak aku untuk mendalami bab2 ni..SIAPA2???? xmao g taw...hihihihi..ok Assalamualaikum..=)


25.8.11

DOODLE+VECTOR ART = ??????????

Salam Ramadhan semua.....wahh sedar xsedar da masuk 10 hari terakhir ramadhan,kejap jer masa berlalu.....cuti sem paling lame la kali ni,even banyak benda lagi aku xbelajar,tapi sedaya upaya juga sekarang mengcungkil idea n bakat yang xberapa nak kreatif &xterserlah tuuu.....hakhak........

Cuti 2 bulan lebih,apa perubahan yang aku buat?????????
rasenya xbanyak,nak kata belajar jadi suri rumah,x jugak, handal mengemas rumah jer la,MEMASAK???? duk takuk tu jer kot...TAPI bukanla bermaksud xpandai langsung..hihi..cume tiada usaha yang berterusan nak perbaiki lg xpon hangit2 tahi yam,eh silap hangat2 tahi ayam...

Berbeza dengan kawan2 aku dan spupu aku,cuti  sem yang panjang ni dimanfaatkan sepenuhnya untuk untuk melatih diri jadi fulltime housewife,cube resepi baru etc.......ada juga yang gunakan waktu ini untuk cari duit poket...AKU??????....rasenya duk umah tanam anggur+ternak lemak.....EH X ADA LAGI XTVT LEN taw selain ni....ha jadi drebar..
tapi xdala aku tension drive sampai muka jadi cam gini...
ada seorang sahabat ni dia da TEROR da tang masak......siyeeess aku jeles taw......hahahaha..amekawwww ....padan muka AKU......hari2 pikir nya Ps jer....
member ni kata ,umur kita da meningkat,lagi pon bakal jadi wife org satu hr nanti,y not musim cuti ni dimanfaatkan untuk tuntut ilmu memasak.....betul gak kan....tp aku ni kadang hangat2 tahi ayam ckit tang memasak ni,dulu pas STPM ak blajar jugak,pas tu lupe....

Tapi belajar masak bukanla ertinya semata2 persediaan kita nak jadi wife,sekurang2 nya bertambah la ilmu kan,boleh la jugak bagi family kita rasa masakan kita..betul x......

okeh berbalik pada doodle ngan vector art...APE CER..
1.Doodle dunia baru aku,baru terjah niiiiii.....
2.Vector art pon aku baru mencuba.....

 Vector 1#: banyak kali jugak putus asa cari macam2 bentuk tutorial,last2 i change a little bit t ori tut.....siap jugak akhirnya......ni hasilnya ...tadaaaaaaa......klu aku da MAHIR,nanti aku kongsikan tutorial vector disini k....

vector art 1 #...siyesss aku puas hati,hampir2 jer givup........
tone kulit cerah sangat,nampak pucat..kelemahan yang cube diperbaiki......

Doodle 1# aku,ak create sebelum 1 ramadhan....cer tengok gambar kat bawah ni....banyak kelemahan sebab aku xmahir untuk wat stroke path-bahasa Ps-huhuhu..nt doodle kedua menyusul ea..

 
doodle dlm gambar ni doodle pertama yang aku buat......begitu juga wallpaper ni,thanx mr.ps
P/S: okeh setakat ini jer entry kali ni,coming up next wallpaper raya,totally design by my own......bersama ngan greeting card/kad raya,actually wallpaper tu aku tukar jadi dalam bentuk greeting card...rase macm nak gi print untuk buat simpanan..Alhamdulillah....rase bersyukur sesangat....ok sehingga bertemu lagi...Assalamualaikum...

19.8.11

KITAB CINTA......

Salam ramadhan semua.......ha hari ni buat entry tentang kitab cinta...kitab cinta sebenarnya merupakan sebuah drama yang disiarkan di TV AL-HIJRAH....sebenarnya cerita arahan Erma Fatima ni telah ditayangkan pada bulan jun yang lalu....cuma aku saja yang terlambat sedikit.....mengetahui kehadiran tv-alhijrah juga dari ayahku..satu saluran yang harus diberi pujian kerana terdapat banyak pengisian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua......

Asalnya cerita ni aku dapat tahu dari seorang blogger,namanya cik aton....mula2 aku buat xtahu juga,hihihi....xtaula nape malam tu tangan terdetik nak buka channel ni.......aku pon buka tp pergi ke tempat lain skejap tup...tup dtg duk dpn tv semula,cerita melayu,then tekan button info....nahhhh 'KITAB CINTA' hihihi,ape lagi terus la stay tune depan tv xbegerak ke mana2....wink..wink


kalau dulu waktu siaran nya 8.30,tp sekarang 10.35.......

Memandangkan waktu siaran nya serentak dengan cerita Ramadhan Terakhir,makanya bila tiba time iklan ,tukar la channel,ada la yg nak rosak tu , xremote tu yg rosak tv yg rosak.....okeh sebelum tu,drama kitab cinta cinta ni merupakan adaptasi dari novel Taufiq Rahman....

Antara SEBAB musabab aku suka menonton drama ni:

Bergenre islamic macam filem ayat-ayat cinta,syahadat cinta,ketika cinta bertasbih dan sewaktu dengan   nya
1 lagi ssebab ia merupakan adaptasi novel.....

Dalam simpanan, aku ada novel 'BUMI CINTA' karya Habiburrahman El Shirazy,korang mesti kenal kan,penulis novel ayat-ayat cinta.....bumi cinta pun xhabis baca lagi..huhuhu
                                             

sila scroLl untuk baca sinopsis novel ini..




Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqrahman

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.


Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.


Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. 


Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. 


Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa 


Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. 


Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.


Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.


Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. 


Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.





p/s: okeh setakat in saja entry mengenai 'kitab cinta' ......siyesss aku suka tengok fazura bertudung,moga kelak dia diberi hidayah....amin...kalau rase nak wat simpanan citer ni korang boleh download kat sini..SINI....setakat ni sje,jumpa lagi..ok assalamualaikum....^^__

18.8.11

BERBICARA TENTANG KALAMULLAH.....

Salam ramadhan semua......mcm mana puasa hari ni......sume baik2 saja bukan,alhamdulillah...
entry ni merupakan entry khas , dedikasikan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian....baru terpikir,apa yang aku tulis melekat di dalam kepala,da mcm sticky note....bagus pula begini,sebab selalu memberi peringatan dalam diri....terkadang diri alpa,aku kembali mengingati setiap baris ayat yang aku cakap dan kongsikan di blog...

okeh,cube tanya diri kita...
Berapa banyak ayat al-Quran yang kita baca sehari,

1 juz
2 helai
1 helai
1 ayat

Membaca al-quran,terkadang sulit untuk kita lakukan nya tp kalau 1 ayat sekali pun sehari,kita patut bersyukur,paling x kita sudah membacanya dari tidak membaca langsung...untuk mereka yang baru, sepotong ayat sehari pun tidak mengapa buat diri yang mahu menganjakkan diri untuk perubahan,itu lebih baik bukan dari tidak membaca langsung......kalau pada awalnya sepotong ayat sehari atau sehelai sehari,cuba untuk tambahkan,kalau tidak dapat berbuat sedemikian,cuba untuk konsistenkan dengan1 ayat@1helai  sehari .......

lain orang lain TAHAP kemampuan,buat mereka yang da mampu untuk membaca 1 juz sehari,janganla sesekali memandang rendah pada mereka yang hanya membaca satu helai sehari.......kita sememangnya  berbeza tapi melakukan amalan yang sama.....

Bagi mereka yang tidak pandai mengaji dan punyai hasrat untuk membaca kalam Allah,aku ucapkan TAHNIAH sebab dibukakan pintu hati untuk melakukan perubahan,lakukan sedikit demi sedikit.....tidak kisahla umur kita da terlambat untuk belajar mengaji atau tidak,itu tidak menjadi masalah,yang penting niat kita ikhlas...carilah sesiapa yang boleh membantu anda....

insyaAllah untuk melakukan perkara yang baik ,Allah akan mempermudahkan lagi urusan kita...sekarang zaman ledakan teknologi maklumat,kalau anda boleh baca macam2 gosip,download sana sini,masakan tidak boleh cari ilmu untuk mempelajari kalamullah......renungkan ayat dari surah al-Furqan dibawah ini,adakah ia berlaku pada zaman ini??????

Berkatalah rasul: "Ya Rabbi (wahai Tuhanku)! Sesungguhnya kaumku tidak memperdulikan al-Qur’an.” Surah al-Furqan ayat 31

Antara kelebihan membaca al-quran:

1)Ketinggian ganjaran kepada mereka yang mengamalkan al-Quran
2)Syafaat yang diperolehi darinya
3)Bersahabat dengan al-Quran di dunia,maka ia akan menjadi teman dan sahabat kita di barzakh dan akhirat.
4)Ganjaranya tidak terhenti kepada si pengamal sahaja,tetapi turut diperolehi oleh ibu bapanya juga.


Ingatla bahawa bila kedua org kita sudah tiada di dunia kelak,sedekahkan ayat-ayat suci al-quran ini sebagai peneman mereka disana,kalau bukan kita siapa lagi........
p/s:
Sesungguhnya membicarakan soal ini cukup membuat tangan ku teragak-agak untuk menaip dan menggentarkan aku,malah 10x juga aku fikir untuk meletakkan entry ini,tapi tujuan hanya satu untuk brkongsi ilmu agar sama2 kita renungkan...ia aku mengaku aku  masih lagi dalam proses belajar & pencarian ilmu..
Meletakkan bicara mengenai ini bukanla maksudku untuk menunjukkan aku seorang bagus....bersama kita saling mengingati&memperbaiki diri,sebab aku juga manusia biasa yang selalu membuat kesalahan,kerap kali tersungkur tatkala ingin melakukan perubahan.....CUBA cetuskan rasa
MAMPU dalam dri kita semua,jadikan al-Quran teman sejati juga buat teman dikala sendiri,dalam kubur sunyi sepi...

16.8.11

HEADER BLOG UNTUK KESEKIAN KALI NYA....

Salam ramadhan buat semua,hari ni da masuk hari ke -16 Ramadhan..subhanaAllah,da masuk second half ramadhan......huhuhu...oleh itu mari kita bersama2 tingkatkan lagi mutu ibadah kita untuk second half ramadhan.....masih belum terlambat lagi bukan.... ~peringatan untuk diri sendiri juga~

okeh hari ni tetiba terasa nak buat entry pasal header,header blog ku la......xtahu la sejak blogging yang bermula bulan jun hari tuu,da brape header aku tukar.......kejap datang idea nak buat header gini,kang gitu...bila tengok header blog lain,dapat puala inspirasi nak buat header baru....masyaAllah......penyakit APAKAH ini?????.....

Memang sah manusia xpernah puas......huhu...termasuk la aku ni..jadi habit plak buat header.....nak amik order buat header la,~angan-angan mak jenin~hikhikhik......buat header sendiri pon da berpinar mata,mau amik tempahan,2 kali ganda berpinar mato .......ini koleksi header2 aku:
header first,agak serabot kepala ckit ea.........
header kedua....huhuhu..2 pon xpuas ht lg...selpas digunakn untuk beberapa minggu...
P/S : Okeh setakat ni jer entry,latest header macam kat blog skrang,malam td ada gak try n error buat wallpaper .....masih xmenjadi.....pas ni ada segmen lain plak...segmen  juadah berbuka puasa...ok selamat berbuka puasa semua...assalamualaikum....

13.8.11

MUHASABAH CINTA............

Salam ramadhan buat semua,malam ni nak post sumting,post lirik lagu jer,lagu MUHASABAH CINTA by EDCOUSTIC.......xtau la nape hari ni....dari pagi tadi asyik duk menyanyi lagu ni,sebenar nya lagu ni aku dapat tahu dr seorang sahabat,namanya Surianti Missi,kalau xsilap tahun lepas..kawan aku ni UPDATE ckit  terutamanya lagu2 islamic.....hihi

Tetiba hari ni nak review lagu ni semula...bukan apa....aku sangat suka menghayati lirik ini  yg begitu dalam maksudnya......sangat tersentuh hati tatkala menghayati lirik nya .........di bawah ini ada aku sertakan skali lirik lagu bersama video nya.....mari kita bersama-sama muhasabah cinta...

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff


Koleksi Edcoustic yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu Edcoustic – Muhasabah Cinta


p/s: Yaa Allah...tetapkan hati ini agar Engkau lah di atas segalanya. semoga cintaku terhadap orang-orang yang kucinta membawaku pada Cinta-Mu. Allah, ku yakin betapa sering cintaku pada-Mu berkurang, tapi sungguh Cinta-MU kepada hamba-hamba-Mu tak berkurang sedikitpun.......amin....

10.8.11

WOWWW,MENARIK,TERTARIK......

Salam Ramadhan buat semua,petang ni sempat lagi kot post entry....hehehehe......ni nak citer effect khas dari Ps,wowwwww,memang menarik dan tertarik la perhatian aku la bila siap gambar yang satu ni....

klik untuk tumbesaran yang cepat
cer korang tengok botul-botul kek gambar kat atas nii....ado x korang nampak perbezaan....nampak kan...
hepinya aku sebab,sementara nak tunggu DSLR nikon tu jatuh dari langit....hah ada ker nak jatuh dari langit....ngeee....sambil nak tunggu beli DSLR n belajar adjust 'shutter speed' segala bagai.....hah ak guna teknik Ps dulu....cer tengok teknik kt fokuskan pada image tersebut,manakala background akan jadi blurr.... nampak la ckit kan gambar tu ala2 mcm diambil menggunakan DSLR......kuang...kuang...Ps i lap u so much la.......xsia perkenalan kita ea...muahahahaha....
p/s: okeh setakat ini saje entry kali ni,xmau karang panjang2,t melalut yang banyak......bila la nak dapat pegang DSLR sendiri heh..hahaha.nak blaja jgak ilmu photography ni....angan2 dulu ea,2 jer mampu skrang..nak beli belum cukop ag la wit heh..k la bubye...assalamualaikum...

9.8.11

PUTUS CINTA.....KHAS UNTUK MUSLIMAH

Salam ramadhan semua.....macam mana ngan puasa korang,moga2 ada peningkatan amalan dari hari ke hari,insyaAllah.....skemanya ayat aku kan,xtau la pengaruh novel ker artikel dekat internet...pape la....

ok hari ni nak citer tentang PUTUS CINTA...Adat la manusia ingin disayangi dan menyayangi...dan aku pun pernah berada di tempat tu,almaklum la 'cinta monyet'..hahaha..xpe yang berlalu biar la berlalu ok...tapi bukan nak citer tentang kisah aku tau.....

Okeh sambung citer...memang sakit kan ,kalau cinta yang kita dambakan selama ni ,tetiba putus di tengah jalan,hancur,punah seribu impian harapan dan angan-angan....tapi tahu x korang sume,itu petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang......

Nasi da menjadi bubur,penyesalan tetap ada......kesunyian akan hadir,sms hari2 bagi impak besar pada diri,tatkala perkara ni terjadi,kesunyian la yang menguasai diri....namun ingat wahai muslimah sekalian,jangan pernah berkata hati anda kosong hanya kerana tiada orang yang akan beri sms pada kamu tiap2 hari,call kamu @'i have no boyfriend' sebab Allah tetap ada....kembalilah sujud padaNya,percayalah setiap ujian itu ada hikmah ...

Sebenarnya kita patut bersyukur sebab hubungan itu terputus,andai kata kita da kawen tetiba cerai,tidak kah ia akan menjadi lebih parah......ini  petunjuk awal yang Allah beri pada kita bahawa dia bukan lelaki terbaik untuk kita....benarla kata orang yang cinta itu buta,membuta kan segalanya termasuk mata hati........it's not worth too remember it,juz let it go....don't u ever  look back,proved it that u can live without him....the most important, let's APPRECIATE OURSELVE
NOTA KAKI PENUH SEMANGAT.......
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA -sumber http://www.iluvislam.com-
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
 3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
 4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda..kalau tuan penulis sarankan supaya pulang semua barang,hadiah kepada dia....
 5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda.  Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
terkesima menmbaca quote ini,,begitu terkesan dihati...
P/S:  akhirnya terlahir jugak entri yang satu ni,tapi xnak la letak kisah sendiri,takut boleh mengaibkan mana-mana pihak...entry special ni untuk kaum HAWA,kaum ADAM nak bace pon boleh...perempuan ni lemah,mudah patah semngat,hati mudah tersentuh...memerlukan banyak nasihat,dan dorongan kalau dalam keadaan sebegini,ini berdasarkan pengalaman ku sendiri...insyaAllah ,sampai suatu ketika dengan ada cinta terhadap-Nya,semoga DIA akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya......

7.8.11

ehhhhh 'Hari Tisu Sedunia' ......

Salam ramadhan buat semua,wah masuk hari ni da seminggu kita berpuasa,TAHNIAH wat diri masing2,aiman pon setakat ni puasa penuh...berminat mungkin dengan tawaranku iaitu dengan memberi lampu hijau untuk bermain game,ini jer caranya.....ok sambung citer....

kotak tisu ni sangat sesuai untu ak,thanx encik google....
wat ringkas jer entry kali ni.......ATTENTION PLZZ,HAHA ..nak wat pengumuman ni,bahawa hari ini adalah'Hari Tisu Sedunia' 
xda pon orang cipta 'Hari Tisu Sedunia' kan,xpe aku la orang pertama..siyessss

the reason is: setakat ni xtahu la berapa banyak tisu yang ak habiskan,TAPI yang pasti da tinggal setengah kotak.......bukan sebab aku sedey ker,atau nangis sampai nak banjir rumah ni,tapi disebabkan hingus2 yang xbetah duduk dalam hidung ni terus mengalir macam arus sungai yang deras,air mata juga turut keluar ketika bersin......ahhhh cummmmmmmmmmmm....
rsenya tong sampah da penuh ngan tisu.....haishhhhh...
itu jer kaitan aku ngan 'Hari Tisu Sedunia' hahaha,ntah ape2 kann...nampak kebeno idea xda.....hehehe

p/s: sekarang memang musim selsema ngan demam,pesanan kat korang sume,jaga kesihatan.....okey setakat jer entry kali ni,semoga bertemu lg....bubye...assalamualaikum......

6.8.11

KARYA RAM MEMANG HEBAT......

Salam ramadhan buat semua,sempat lagi nak wat entry ni sebelum kaki menapak ke dapur,hehehe.....nak kata diri rajin ker dapur r tu kan....hari ni nak cerita tentang karya RAM,kalau nak cakap,aku peminat no 1 karya RAM aka Ramlee Awang Murshid x boleh gak,sebab kawan baik aku cik suhaida,da kumpul banyak dah karya RAM,hehehe...mana boleh challenge.....

Masih segar dalam ingatan,waktu tu lower six,buku Ram yang pertama diperkenalkan rakan ku,'bagaikan puteri'......bermulanya saat itu la aku addict dengan karya RAM,mula-mula baca rasa macam bosan jer,almaklum la karya epik, ha lebih kurang macam 'Hikayat Merong Mahawangsa' ....lama kelamaan baca,xsabar2 pulak untuk ketahui apa yang terjadi seterusnya...maunya baca sampai xsedar da pukul 4 pagi,kan bagus kalau study pon macam tu gak...hehehe...bagaikan puteri merupakan buku thriller pertama yang berjaya menambat hati.......antara banyak2 karya RAM,tetralogi bagaikan puteri paling aku suka.....

3 buah buku dari tetralogi 'bagaikan puteri'
Bermula dengan bagaikan puteri aku mengikuti perkembangan karya RAM......hohohoho......perkenalkan pulak kat adik perempuan dia pon addict jugak......alahai...memnag menyentuh hati,menyentap jiwa,penuh pengisiaan ilmu......sampai air mata pon mengalir, kini ada sesuatu sedang bermain d akal waras ku,wujudkah laksamana sunan aka saifudin.......tapi Ram da tegaskan watak saifudin adalah watak fiksyen...tapi bnyak sikap dan perwatakan saifudin boleh kita contohi......membaca novel ni mebuatkan aku berasa kerdil di dunia ciptaan Allah dan aku terkesan dengan watak dalam novel ini......kadang-kadang ada sesuatu yang tak terjangka dek akal pemikiran kita....
kewujudan bangsa polip jugak menjadi persoalan yang muncul dibenak fikiran,cube jugak googling,tapi kebanyakkan artikel yang aku baca menasihatkan jangan terlalu taksub untuk mencari takut terpesong akidah....Hanya Allah yang tahu rahsianya....Ram ada kemukakan  dalam novel cinta sufi tentang bangsa polip,sumber tersebut dari buku 'Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia karya Muhammad Isa Daud...
p/s: 
setakat ni saje,kalau nak tahu lebih lanjut tetralogi bagaikan puteri kena la baca sendiri,anda akan merasai sendiri,dibawa ke zaman Kesultanan Melayu Melaka,seolah-olah kita sendiri menyaksikan cerita ini di depan mata,.....tinggi betul imaginasi aku...kalau la cerita ini difilemkan,kan bagus.......thumbs up untuk karya RAM.....da nak asar...pas ni segmen ke dapur pulak,ohhh dapur tunggu aku,aku datang....haha...K bubye.....

3.8.11

SOSEJ PULUT ADA DNA BABI...

holaaa readers hari ni skali post 2 entry,xtau la mimpi aper,tapi aku da rase xtenteram sedari dari pagi lepas tengok  berita astro awani jam 7 pg tadi,mau x nya terkejut,tergamam,xtau nak kata ape..sume bercampur menjadi 1..sebab selama ni aku sangat menitikberatkan makanan yang ak ambil,huh....nak menangis rase,walaupon ak bukan la penggemar tegar makanan ini,tapi aku turut tersentap mendengar berita  pagi tadi...berapa sem suda aku menjamah makanan ini,tapi atas nasihat pensyarah ku sendiri aku ambil tindakan mengurangkan pengambilan makanan ini,sebab ia nya di grill,macam sate r lebih kurang,kalau makan slalu kan xelok sebab ada karbon yang terhasil sebab ianya di grill ...

Bila dengar berita macam ni lagi buat aku takut ,even orang muslim yang jual sosej pulut ni tapi status HALAL tetap meragukan dan kini Jabatan Kesihatan Perlis masih lagi menunggu baki analisis 9 lagi sampel....2 sampel telah disahkan mengandungi DNA babi.....sampel tersebut diambil di sekitar kangar......kalau kat sintok,pelajar UUM mana la yang xmkan makanan ni..kat kampus sosej pulut banyak dijual di cafe dewan penginapan..famous gak makanan ni kat kampus,kawan2 aku gelar sponge bob pon ada,sbb ada satu sosej pulut yang berbentuk seperti sponge....ada kat gambar bawah skali...kini,ada sesuatu yang bermain di fikiranku,halal atau tidak makanan ni?????...harap2 yang sintokian students makan selama ni halal....

HARIAN METRO melaporkan bahawa sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkanmengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar orang ramai tidak lagi membeli sosej berkenaan dan pihak berkuasa harus menjalankan pemantauan dengan melarang penjual daripada terus menjual makanan tersebut. DNA babi tersebut dipercayai digunakan untuk memastikan sosej tahan lebih lama.


tak Halal....sosej pulut dan kepingan ayam diimport dr Thailand
p/s: peringatan+amaran untuk diri sendiri,pas ni perlu lebih berhati-hati,sebab makanan la yang melambangkan diri kite,pernah dengar x pepatah ni' u are what u eat'....nak makan kat luar pon ak takut sekarang,takut ada unsur2 syubahah,sihir etc.....sekarang dunia memang xselamat kan........oleh itu jadikan doa sebagai benteng kehidupan kita.....=)

INI CITER HARI KEDUA PUASA....

Macam mana puasa korang semua,wahh mesti semua berebut-rebut untuk mengerjakan amal soleh di bulan Ramadhan kan,kalau macam tu alhamdulillah,terus pertingkatkan usaha kita dari hari ke hari,moga amalan kita diterima Allah,insyaAllah...dari semalam lagi nak wat entry ni,cuma xberkesempatan,bnyak betul keje,petang2 jadi supir jemput adik2....xpe demi korang kakak sanggup wat ape saje , skrip dalam citer mna ntah aku copy,


berbalik kepada citer hari kedua puasa,semalam jemput adik bongsu ni,nama nya aiman slalu dengr x aiman xkesah ,hah dia r tuu..hehe...punya lah pucat lesi muka masa g jemput dia,masuk2 kete ,tanya r,"aiman nape,xlarat ker"saja tanya padahal da taw da,xcakap pape,biasa r kan budak2 belajar puasa....

Aku pun xsampai ht tengok muka pucat lesi si aiman,lalu ak bagi lampu hijau kat dia untuk main game kat lappy aku,nak bagi dia leka sebenarnya,tidak kang asyik duk tanya kite "pukul brape datuk harimau"ada ker dialog ni semalam,xda rasenya,xpe2 nak penyedap ayat...hikhik.....da dapat main game need 4 speed aper lagi,bertenaga pulak ak tengok,boley ketawa2 lagi padahal td muka masam mencuka..pas ni sebulan puasa pas mengaji jer,kena bagi dia main game,nak bagi dia ralit...pape lah dik oii,..janji puasa penuh ea.....si bongsu ni agak susah cikit mau dilatih berpuasa,kalau x mengikut kehendak nya,mau la ngamuk bukan nyamuk..hah aper r ak cakap ni.sambung balik citer..

nahhh tekun nya main game........hilang rase lapo....hikhik
puasa tahun lepas pnya citer,sebulan puasa,tiap kali sahur wajib makan mee segera,haiyaaaaaa...satu2 nya makanan yang di blacklist dalam umah ni,ehh bila pulak blacklist heh....... bukan blacklist tapi ibu da latih anak2 nya untuk tidak wat stok maggi di rumah,tp si aiman ni len ckit, kena turuti la permintaan nya,tidak xmau puasa,xpe itu tahun lepas punya citer,kalau slow talk ngan dia,boley jer dengar nasihat beta...huahua...tapi kali ni sahur ada peningkatan,da xmkn maggi...harap2 la sampai habis puasa sebulan ni,huhuhuhu..sedangkan hari ni baru masuk hari ketiga puasa....insyaAllah Malaysia boley,Aiman pon boley....hihi..

p/s: panjang nya entry,2 r kan kadang2 xda idea,bla ada idea,panjang berjela.....hehehehe...xpe ak puas hati,walau pun xtahu nak membahasakan diri sebagai ape...tapi sangat selesa membahasakan diri sbg 'aku'....xpela ikut keselesaan ek....bubye.... 

SHARING IS CARING