21.10.13

Menuntut ilmu

maria s|
late night entry, tadi baru jer mengisi perut dengan "sup pedas korea", pukul 11.00 masak, 12.00 baru boleh makan, alhamdulillah first attempt, not bad la. *masuk bakul angkat sendiri

Asalnya bukan cerita ni nak saya kongsi pada entri kali ni. Tadi nak dijadikan cerita saja singgah website JAKIM, rasanya tadi jugala baru nak explore website tu, ternampak pula pasal kemusykilan agama, Allah terpempan seketika. Mana tak nya sebelum ni tak pernah ambil tahu, yang best nya 1001 soalan kemusykilan agama ada kat situ untuk kita jadikan rujukan.
if korang drop kat website JAKIM, press 'kemusykilan agama' then akan keluar macam ni.

Saya rasa bukan saya saja, kita ni mungkin banyak da lupa topik-topik seperti ibadah,muamalat,Quran&hadis,munakahat yang kita belajar dalam subjek agama Islam waktu SPM dulu, kan. Dulu tak sedar, tak ada matlamat yang jauh, belajar atas sebab exam, saya sendiri banyak lupa. Rasa malu pula, kalau perkara asas kita tak mampu untuk terangkan bila ditanya.Menurut saya menuntut ilmu adalah satu proses berterusan, tak kisah la if kita da belajar sampai  jadi Phd holder sekali pun.

Banyak lagi yang perlu belajar, jangan kata esok ada anak, then anak tanya tak tahu jawab, baru nak tersedak. Tugas mendidik anak-anak tanggungjawab ibu bapa sendiri, jangan serahkan semata-semata pada intitusi pendidikan dan guru, sebab nak lahirkan ummah yang gemilang karakternya bermula dari rumah ye sayang. Allah. Saya yakin ramai yang nak anak-anak yang bijak, berjaya dalam kerjaya, dan sebagainya. Tapi pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kerjaya tidak menjamin kecermelangan mereka dari aspek penguasaan ilmu yang sebenar, boleh jadi mereka gagal dalam menguruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Mufti Ismail Menk ada kata, ibu bapa perlu jadi contoh terbaik untuk anak-anak mereka, "leading by example", siapa 'example' tu? KITA la 'example' tersebut.

Moral of the story, mulai sekarang polish balik ilmu-ilmu fardhu ain tu ye. Di website Jakim banyak juga topik-topik tersebut. Saya kira generasi Y sekarang sangat beruntung, jangan kata tak tahu nak cari ilmu dimana, sebab sekarang semua dihujung jari, tapi jangan la terlalu bergantung pada pak cik google tu ye, kena rujuk mereka-mereka yang diyakini ilmunya. Di youtube sendiri ada audio&video yang dimuat naik dari perbincangan-perbincangan di IKIM. If macam program Tanyalah ustaz di tv9 tu kalau kita tak sempat nak menonton, kita boleh tengok siaran ulangan di website Tonton. Mudah kan nak cari ilmu zaman ni, tinggal lagi kita nak mulakan pencarian atau tak. Ingatan untuk saya juga ..;)

p/s: . Ilmu bukan hanya pada pencapaian, tapi pada amalan dan tindakan. 
"ya Allah please increase us with knowledge".

SHARING IS CARING