16.10.12

one big family

Salam readers,terima kasih, buat yang sudi baca blog ni ..actually writer ni memang jarang update dan promote blog ler,menulis sekadar mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang sangat....hehehe........then ter-rajin nak update lagu maher zain ni "one big family" even line kalah siput da ni...great song to hear and beautiful meaning through this song and i pray to Allah for the unity of Muslim .....because we're one big family...

One Big Family  ( Official Lyric )
I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny
Pre-chorus:
Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance
Chorus:
Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family
It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile
PRE-CHORUS
CHORUS
I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one
CHORUS
p/s: yang aku highlight dalam lyric tu antara favourite verse...=)
arghh....rindu family da sampai tahap tera,giga,mega,kilo ,hecto, deca et al...... 
4 more days to go.....cannot wait..

2.10.12

bingkisan hati sendiri

Salam readers,hati berbelah bahagi campur darab tambah tolak,memikirkan sama ada nak menaip entry baru atau x...ah,lama nya tak update even rase taip entri macam syok sendiri....ada ke x yang menjenguk blog ni,maaf la,blog yang sangat kurang menjalankan aktiviti "promotion" ke blog2 lain...hehehe... that's y la takda orang nak view or read my writing here...tak gitu....nama jer student marketing,tapi tak cukup pandai untuk aplikasi kan konsep tu dalam kehidupan seharian..cehhhh..... (monolog sendiri)

Terlampau banyak perkara yang terjadi di sekeliling,terlalu cepat masa berlalu dan pergi....sedar tak sedar da masuk minggu ke-4 semester baru( semester akhir untuk diri)...diam tak diam da hampir 4 tahun belajar...banyak betul cerita kalau cerita jugak setahun pun tak habis....
awal semster baru hari tu sibuk duk  menguruskan internship,assignment, etc... alhamdulillah internship da settle,now need to put more focus on study even tired membaca jurnal sampai nak termuntah,kan da kena renew lagi niat,lakukan untuk dapat knowledge dan kerana Allah....

semua ni memerluakn bakat untuk 'managing time' dengan baik... ini lah kehidupan students....esok da kerja lagi dasat dari ni...tu sebab the most kakak2 dan abang2 berkata zaman belajar la lagi best dari zaman kerja..... admit jugak sebab pernah kerja 12 jam sehari,balik rumah sekadar untuk tido.....tapi...

for a few days i get mad at myself,while i'm keep busy with worldly matter,after solah suddenly i think and cried ,why i'm so busy till sometime i cannot wake up for the fajr prayer, i couldn't spending my time recite the love letter(al-Quran) ..did i really busy??? no....i know it what i did sometime just wasting my time...ak.a.NOTHING... TO MUCH keep busy with the worldly matter make me feel regret..Allah ready to forgive but i feel shame and feel like to run far way.....seems like sometime i want start all over again,but my shame haunt me....kadang rase rase malu sangat,mintak itu ini dalam doa,malu sangat,hati mudah berbolak balik,let's figting...big enemy actually diri sendiri,be careful..mujahadah kena betul-betul...busy sangat dengan wordly matters ni kadang2 undang kekesalan dalam hati...

ubat yang paling mujarab buat hati yang gusar...-love letter from Allah
p/s:
forgive me....my heart is full of regret
forgive me.....now its the right time to repent...repent..repent....-maher zain

7.8.12

jangan bazir ramadan kita

Salam Ramadan semua, macam na korang hari ni,ada penambahan amal x,ada peningkatan x..xpe2 ada masa lagi ni jadi gunakan sebaiknya.... 2 hari lagi nak masuk 10 malam terakhir Ramadan, orang kedah kita PULUN habis-habis okeh...rebut la ganjaran 10 malam terakhir ok,even kita xjumpa lailatul qadr,tapi teruskan amal ibadat yang kita lakukan,yang penting niat kita IKHLAS kerana Nya...

jujur nya aku terasa dengan kata-kata ustaz,rasa hati kenan cucuk-cucuk jer...subhanaAllah....dan sebab penangan ini,aku rase ,korang HARUS tonton vid ni....pahatkan kata-kata yang disampaikan ke  lubuk hati korang yang paling dalam tu..dan moga pengisian ini bermanfaat untuk kita semua...insyaAllah...^^


p/s: memetik kata 2 dari seorang ustaz 'kalau rasa diri tak mampu nak lakukan ibadah bulan ramadan ni,tinggalkan maksiat"... dalam maksud kata-kata ni...oleh itu,kalau iblis,syaitan da diikat,janganlah plak kita nak jadi khalifah syaitan ea bulan-bulan Ramadan ni...till then,assalamualaikum..^^

6.8.12

Solatun Bissalamil Mubin

Salam Ramadan semua, okeh hari nak berkongsi selawat dari program CINTA MASJID......
first time dengar masa sahur 2 hari lepas kat Tv Al hijrah.... apa lagi google jer terus... mr.google ngan ak macam kwn2 jer....apa yang boleh aku katakan 'subhnaAllah' ,betapa hati sangat gumbira saat mendengar qasidah & selawat ni ....

sekalung tahniah buat Tv al Hijrah  kerana berjaya membawakan sebuah program yang bermanfaat dan sedikit sebanyak membentuk diri dan rasa cinta untuk mengimarahkan masjid....
SUMBER: google image
Sholatun bisalamil mubin…linugthotit ta’yii ni ya ghoroomii)6X
Nabiyyuna kaana ashlattak wiini….min ngahdi kun fayakuunu yaa ghoroomii(2X)
back to *(2X)
Ayaman ja’ana khakkon nadhiiri…mughiitsan musbilan subularoshaadi(2X)
back to *(2X)
Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah (4X)
Rosulullahiyaa dhowiil jabiini… wayaamanja’abil khakkil mubiin(2X)
back to *(2X)
Sholatulam tazal tutlaa ngalaika…kami’ thorin nasiim tuhdaa ilaika (2X)
back to * (2X)
Makna nya:
Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)
Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa mu
Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.

p/s:   kalau program  macam ni tv al Hijrah jalankan kat kampus ker,kat kawasan yang berdekatan dengan rumah aku,kompem pegi even kadang2 terpaksa g sorang-sorang..-ayat tagih simpati..~~ :D.

25.7.12

ada Mu- Najwa Latif

Salam Ramadan semua,kali ni update lagi entry,terjumpa lagu Najwa Latif yang baru,islamic version n tributes for this special month.... aku rase jatuh hati dengan lirik lagu ni nak part ni " walau penuh dengan cabaran ku tahu ku ada Mu tuhan ".....

n lagu satu part "walau ku jatuh ku bangkit kerna Mu"..... nice n brilliant song,akak bagi 5 bintang dik uiii....hehehe okeh aku sertakan lirik dan video serta link untuk download MP3 kat bawah,hope korang enjoy....



Lirik Lagu AdaMU Najwa Latif

AdaMU
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Laman Sosial Najwa Latif

link mp3 download KLIK  SINI

P/S: Baru malam tadi dengar 30 minit ustaz don,ustaz ka don kata puasa ni cube kita tinggalkan dengar2 muzik xkira la nasyid ker,melayu ke  omputih, n kita bagi chance sebulan puasa ni untuk dengar ayat2 al-Quran... ustaz don kata boleh jer pas2 solat terawih nak dengar,dengar jer,tapi siang hari kita puasakan telinga dari muzik,dia kata kalau xdengar langsung muzik selama sebulan ni lagi bagus,sebab ustaz kata diri dia pon kadang2 tersasar gak g dengar,hihihi... 


then mari kita sama2 seru hati kita untuk kurang2 kan mendengar muzik untuk sebulan puasa ni,slow2 dulu..insyaAllah pasti boleh....ok till then...assalamualaikum..^^

23.7.12

juadah berbuka : hari ke-3

Salam ramadan ,sempat lagi nak update sebelum nak off lappy ni...
ok pendek cerita,petang ni nak wat resipi simple untuk juadah berbuka puasa.....
untuk orang yang xbrape pandai masak macam saya ni sesuai ler wat makanan se-simple ni...hehehe..nama asal nya bebola roti goreng,tapi bentuk saling tak tumpah macam cekodok goreng...

ok,dapat resipi ni dari hanamemories.blogspot.com, kalau korang ada kelapangan g la terjah blog sis ni,punya la banyak resipi...dapat tahu blog ni pun dari jiran sebelah rumah..

RESEPI BEBOLA ROTI GORENG

Bahan-Bahan 
  • 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
  • sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  • Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  • Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.
source:hanamemories.blogspot.
# mudah bukan,ok selamat mencuba...selamat berbuka puasa juga....^^

22.7.12

life quotes

Salam ramadan semua,diharap semua baik saja2,masuk hari ni da hari ke-3 puasa,moga ada penambahan amal ibadah kita tiap hari,rajin update status twitter ngan fb boleh jer,tapi perlu rajin jugak update amal ibadah pada Nya.... moga hadir nya pada tahun ini beri 1001  makna buat diri..... dan yang pertama sekali,perjuangan kita untuk melawan HATI.....

InsyaAllah moga Allah mudahkan bagi kita untuk mengharungi perjuangan sepanjang sebulan berpuasa.... dan moga ia akan menjadi titik tolak perubahan untuk bulan-bulan seterusnya,yang penting kena ajar hati untuk istiqamah.... panjang berjela mukadimah kita ea...hehe..

actually,kinda excited nak share something dari islamic quotes......
rase inspired bila baca quotes ni.....yup mungkin lepas ni boleh tulis quotes ni besar2 kat sticky note,then stick on the board,xpon tampal atas meja study....btw don't feel giv up to pray ok,jangan pernah putus asa dan rase penat,Allah maha mendengar..berbaik sangka la dengan Nya..
Renungan bersama...
ingatla,yang sebenar benar ujian dalam kehidupan kita ni
waktu kita 'SENANG'..
waktu kita senang kita jauh dari Nya,dan itu la ujian terbesar buat diri..

26.6.12

PHONE..

Salam
Bloggers,fuh...mak ai bersawang tahap dewa jugak blog aku ni ea,lame x update,even masa free nya da banyak,tapi atas sebab musabab tertentu dan tangungjawab yang tergalas di bahu -konon-,aku jarang menghadirkan diri di dunia blog,lebih banyak mengarut di dunia twitter,dan semakin ingin menjauhkan diri dari dunia pesbuk.... #sila muntah selepas baca statement aku ni...

then malam ni tetibe terasa nak update,sebab da pening kepala dari siang tadi duk cari maklumat tentang phone sampai lebam la,xda kait mengait pon...kalau x dek kerana phone sony tu nak nazak,berikat getah bagai,memang aku tak perlu susah payah pikir nak tukar phone..

nanti kalau aku x tukar,alamat nya gejala bebelisme abah xberhenti...ikhikhik... rase da berbulan abah koba tukar nset tu,buek xroti je.....da tu den nak guno nset torchlight,abah x kasi...hadoiiiiii..
aci x guna phone ni jer...

ak plak bukan jenis kejap-kejap nak tukar model baru....kejap-kejap nak jadi cacing kepanasan tengok telefon berteknologi bagai di  di pasaran,ak style pakai telefon sampai jahanam...#That Me..da jahanam baru pikir nak beli...da tu baru nak sakit kepala.....da tu penuh koyok kat kepala....

dan sampai saat ini aku masih belum buat keputusan akhir nak beli phone ape...
satu peringatan,kalau nak beli ikut kemampuan&keperluan bukan ikut kehendak ea...#takeNote....
phone tu asal boley SMS dengan call pun da memadai...kamera tengok la,ak ngan kamera pon xrapat sangat,ada musim tertentu jer rapat..~~boleh plak

kalau nak internet bagai,rase laptop lebih heaven la untuk surf internet berbanding phone...
ak tak berkenan sangat,dengan skrin kecik tu boleh menyebabkan mata berpinar jer...

yang penting bateri phone mesti tahan lamo yo,memandangkan den antara orang-orang pemalas nak charge phone banyak kali....kalau 3 hari bertahan itu lebih baik... 
#cer smartphone ,bateri nya,hommaiiiiii,x sesuai la untuk orang malas macam ak ni... 
ini pengakuan terhormat DARI pengguna-pengguna smart phone..hehe
okeh la nak stop sampai sini  jer..perut da start konsert,pompang2 anak-anak cacing ni buat bising heh..kaki aku pun terdorong nak ke store makanan a.k.a dapur rumah..*okeh jom terjah dapor, ada sesi masak-masak bersama abah  tengah-tengah malam buta ni....k till then.....assalamualaikum..^_^

17.4.12

late wake up for fajr??

Salam everyone, everything is messed up for a few days!!, i'm not in a good mood..~~ABC is around the corner i guess..
yesterday,i wake up lit bit late from usual,near to 7.00 am,when i c the  phone.phone is already off,but i thought i charge it b4 i sleep...spoil my mood lol,because i hate wake up late  FOR FAJR in the morning,n i hate being  'LATE' ..klu bangun lewat,ada jer benda xkena..huhu..bukan la kata benci 'late' sbb aku ni rajin sebab sometime i'm being late jugak in finish up work,huhuhu..

huh i'm rushing to do all sort of thing ,my cloths not iron yet.. huh suddenly remember that i've the presentation in the morning..whattt la...~~

before test..chill la sempat lagi amik gambar
went to SPE class wif the muka half mamai.....that how my bad day started..huh!!!, is not finish yet,it was juz started,masyaAllah... in class,suddenly the projector and PC does not work,waiting for technician to fix the problem,it's too late and waste our time,and my heart said,maybe present will postpone again...instinct maybe..ya lastly we ask pak lah aka my lecturer permission to postpone our group presentation because juz 20 minute left b4 class end, n he agree to postpone it presentation to t next class...#alhamdulillah

continue with MR class which is dr ahmed miyaki taken the class yesterday,nasib baik paham what him lecture semalam,about how to enter data in SPSS..alhamdulillah..then balik bilik wif a empty tummy,gara-gara xcukup duit nak buy lunch meal..#starving lol..ok fine xda rezeki...then take a nape 4 a while,after wake up n solah zuhur,start doing revision  for mandarin test,2 chapter nak covered,pukul 2 baru nak start revise then malam nak jawab test ni kot,cuti seminggu buat ape lah..but lit bit satisfy,nasib bek boleh jawab,dr dibiarkan blank....alhamdulillah....

that how my messy table looks when i'm do revision...bangga dgn nset getah tu sesangat..haha,lari topic...
p/s;Ya Allah please forgive me, ya sure its all my fault...i miss it subuh again....i feel regret for the whole day, by not doing things that i always do in the morning..how i can go through THE DAY wif it...ya its better for me to tajdid/renew my niat before sleep because its will help me to waking up..from productive muslim article that i've read before,in article said,doesn't matter which time u sleep,if u put in your mind u want to wake up 4 fajr,u 'll wake up..n i found this,hopefully its wif help us to wake up for fajr constantly everyday,insyaAllah..

14.4.12

looks busy ,do nothing

Salam everyone,hmmm i dun know whats make me inspired to post sumting in english today,hahahaha...even my english is too poor n bad,but i still want to try write it....

btw few hours left to go back, i'm rushing to do all sorts of thing now...
till today it's doesn't finish yet...-assignment oo assignment-


looks busy,do nothing a.k.a LBDN'i'm not being hypocrite wif this kind of disease that sumtime surround myself actually...plzz admit it guys,i'm sure all of u also face it rite ..hihih.....

seriously this kind of disease that make other people taught differently with what i'm DOING...mostly my frenz, that were always come to my room,their taught  i'm busy by do something on study table  like finish up my assignment or study for the whole day but sumtime i'm not like that,maybe looks busy ..

but in my opinion LBDN is worth for me,i get paid for it,berbaloi penat lelah making busy ...a lots of thing i get,mostly knowledge..#alhamdulillah... even sumtime it's can be turn 2 worst habit actually which i can't stop my reading and googling disease...

p/s : sumtime i need 2 do a nothingness for a while..^__^
.ok,i've to go now....till then..may Allah bless us .assalamualaikum....~~

23.3.12

Doa Yang Mustajab : Waktu dan Amalannya

Solat hajat merupakan amalan yang sinonim dengan masyarakat kita. Selalunya jikalau ada sesetengah perkara contohnya peperiksaan anak, solat hajat selalunya didirikan dengan bacaan-bacaan tertentu untuk memohon pertolongan Allah S.W.T di dalam sesuatu perkara ataupun selain daripada itu.
Namun pernahkah kita menyemak semula, adakah solat hajat itu dari amalan Rasulullah S.A.W? Apakah baginda S.A.W dan para sahabat pernah mendirikan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah S.W.T? Adakah para sahabat pernah mengamalkannya dikala kesusahan?
Jikalau baginda S.A.W tidak pernah mengamalkannya, maka apakah amalan yang baginda S.A.W dirikan bagi memohon pertolongan Allah S.W.T semasa baginda mempunyai hajat ataupun ketika ditimpa kesusahan? Apakah waktu-waktu yang baik untuk kita berdoa, agar amalan kita selari dengan kaedah dan amalan yang telah dilakukan Nabi Muhammad S.A.W?Apakah ada alternatif lain bagi kita untuk berdoa memohon hajat, selain daripada mendirikan solat hajat?
Sesungguhnya amalan solat hajat itu berasal dari hadis yang tidak berapa kuat sanadnya, atau dengan kata lain, hadis yang dhaif. Adapun bagi mereka yang mengatakan amalan solat hajat itu ada dalam amalan sunnah, dalam masa yang sama mereka mengatakan bahawa:
1) Tidak boleh didirikan secara berjemaah kerana bukan itu yang dilakukan di dalam hadis.
2) Tiada bacaan yang khusus di dalam solat hajat, iaitu rakaat pertama sekian bacaannya, rakaat kedua sekian bacaannya.
Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insya-Allah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah S.W.T. Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.
Waktu-waktu mustajabnya doa.
01.Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.
04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.
05.Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
06.Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.
07.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

Amalan-amalan yang memustajabkan doa.
01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.
Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".
02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.
03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.
Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]
Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.
04.Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".
05.Sabar.
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Doa-doa yang mustajab.
01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."
Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.
02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."
03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur(Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.
Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.
04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:
"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"
Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamahdengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.
Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.
Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?

SHARING IS CARING