3.8.11

SOSEJ PULUT ADA DNA BABI...

holaaa readers hari ni skali post 2 entry,xtau la mimpi aper,tapi aku da rase xtenteram sedari dari pagi lepas tengok  berita astro awani jam 7 pg tadi,mau x nya terkejut,tergamam,xtau nak kata ape..sume bercampur menjadi 1..sebab selama ni aku sangat menitikberatkan makanan yang ak ambil,huh....nak menangis rase,walaupon ak bukan la penggemar tegar makanan ini,tapi aku turut tersentap mendengar berita  pagi tadi...berapa sem suda aku menjamah makanan ini,tapi atas nasihat pensyarah ku sendiri aku ambil tindakan mengurangkan pengambilan makanan ini,sebab ia nya di grill,macam sate r lebih kurang,kalau makan slalu kan xelok sebab ada karbon yang terhasil sebab ianya di grill ...

Bila dengar berita macam ni lagi buat aku takut ,even orang muslim yang jual sosej pulut ni tapi status HALAL tetap meragukan dan kini Jabatan Kesihatan Perlis masih lagi menunggu baki analisis 9 lagi sampel....2 sampel telah disahkan mengandungi DNA babi.....sampel tersebut diambil di sekitar kangar......kalau kat sintok,pelajar UUM mana la yang xmkan makanan ni..kat kampus sosej pulut banyak dijual di cafe dewan penginapan..famous gak makanan ni kat kampus,kawan2 aku gelar sponge bob pon ada,sbb ada satu sosej pulut yang berbentuk seperti sponge....ada kat gambar bawah skali...kini,ada sesuatu yang bermain di fikiranku,halal atau tidak makanan ni?????...harap2 yang sintokian students makan selama ni halal....

HARIAN METRO melaporkan bahawa sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkanmengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar orang ramai tidak lagi membeli sosej berkenaan dan pihak berkuasa harus menjalankan pemantauan dengan melarang penjual daripada terus menjual makanan tersebut. DNA babi tersebut dipercayai digunakan untuk memastikan sosej tahan lebih lama.


tak Halal....sosej pulut dan kepingan ayam diimport dr Thailand
p/s: peringatan+amaran untuk diri sendiri,pas ni perlu lebih berhati-hati,sebab makanan la yang melambangkan diri kite,pernah dengar x pepatah ni' u are what u eat'....nak makan kat luar pon ak takut sekarang,takut ada unsur2 syubahah,sihir etc.....sekarang dunia memang xselamat kan........oleh itu jadikan doa sebagai benteng kehidupan kita.....=)

5 comments

August 6, 2011 at 1:38 AM

cikmas suka sangat makan sosej.. tapi sosej pulut ni yg macam mana ek? tak pernah dengar pulak sosej pulut ni.. :(

August 7, 2011 at 12:17 AM

cik mas tq sebab sudi baca entry yang xseberape ni,hihi...sosej pulut ni ada macam2 jenis,cube cik mas google image,biasanya di grill,pas gril di celup ngan kuah manis pedas,sedaplah jugak.....kalau kat tempat sy xjmpa makanan ni,tp klu kat kampus banyak jugak jual...mngkin sbb dekat ngan thai.....=)

October 20, 2019 at 6:16 AM

Kompom ke tak halal ni?

January 29, 2021 at 8:32 PM

Xde cukai mmg x halal..try klu bayar cukai mesti halal..kera jaan byasa la..nk cite bab halal haram,ko hidup selama ni pn bercampur baul dgn haram ko x sedar..sebenarnya Allah nk tunjukkan hati tu mcm babi bkn makanan..

February 5, 2021 at 7:48 PM

Kesimpulannya haram ke Tak ni? 😭😭

Post a Comment

SHARING IS CARING