ok hari ni nak citer tentang PUTUS CINTA...Adat la manusia ingin disayangi dan menyayangi...dan aku pun pernah berada di tempat tu,almaklum la 'cinta monyet'..hahaha..xpe yang berlalu biar la berlalu ok...tapi bukan nak citer tentang kisah aku tau.....
Okeh sambung citer...memang sakit kan ,kalau cinta yang kita dambakan selama ni ,tetiba putus di tengah jalan,hancur,punah seribu impian harapan dan angan-angan....tapi tahu x korang sume,itu petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang......
Nasi da menjadi bubur,penyesalan tetap ada......kesunyian akan hadir,sms hari2 bagi impak besar pada diri,tatkala perkara ni terjadi,kesunyian la yang menguasai diri....namun ingat wahai muslimah sekalian,jangan pernah berkata hati anda kosong hanya kerana tiada orang yang akan beri sms pada kamu tiap2 hari,call kamu @'i have no boyfriend' sebab Allah tetap ada....kembalilah sujud padaNya,percayalah setiap ujian itu ada hikmah ...
Sebenarnya kita patut bersyukur sebab hubungan itu terputus,andai kata kita da kawen tetiba cerai,tidak kah ia akan menjadi lebih parah......ini petunjuk awal yang Allah beri pada kita bahawa dia bukan lelaki terbaik untuk kita....benarla kata orang yang cinta itu buta,membuta kan segalanya termasuk mata hati........it's not worth too remember it,juz let it go....don't u ever look back,proved it that u can live without him....the most important, let's APPRECIATE OURSELVENOTA KAKI PENUH SEMANGAT.......
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥
TIPS MENGATASI PUTUS CINTA -sumber http://www.iluvislam.com-
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda..kalau tuan penulis sarankan supaya pulang semua barang,hadiah kepada dia....
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
terkesima menmbaca quote ini,,begitu terkesan dihati... |
P/S: akhirnya terlahir jugak entri yang satu ni,tapi xnak la letak kisah sendiri,takut boleh mengaibkan mana-mana pihak...entry special ni untuk kaum HAWA,kaum ADAM nak bace pon boleh...perempuan ni lemah,mudah patah semngat,hati mudah tersentuh...memerlukan banyak nasihat,dan dorongan kalau dalam keadaan sebegini,ini berdasarkan pengalaman ku sendiri...insyaAllah ,sampai suatu ketika dengan ada cinta terhadap-Nya,semoga DIA akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya......
2 comments
Blognya baik
terima kasih ya...^^