6.8.11

KARYA RAM MEMANG HEBAT......

maria s| |
Salam ramadhan buat semua,sempat lagi nak wat entry ni sebelum kaki menapak ke dapur,hehehe.....nak kata diri rajin ker dapur r tu kan....hari ni nak cerita tentang karya RAM,kalau nak cakap,aku peminat no 1 karya RAM aka Ramlee Awang Murshid x boleh gak,sebab kawan baik aku cik suhaida,da kumpul banyak dah karya RAM,hehehe...mana boleh challenge.....

Masih segar dalam ingatan,waktu tu lower six,buku Ram yang pertama diperkenalkan rakan ku,'bagaikan puteri'......bermulanya saat itu la aku addict dengan karya RAM,mula-mula baca rasa macam bosan jer,almaklum la karya epik, ha lebih kurang macam 'Hikayat Merong Mahawangsa' ....lama kelamaan baca,xsabar2 pulak untuk ketahui apa yang terjadi seterusnya...maunya baca sampai xsedar da pukul 4 pagi,kan bagus kalau study pon macam tu gak...hehehe...bagaikan puteri merupakan buku thriller pertama yang berjaya menambat hati.......antara banyak2 karya RAM,tetralogi bagaikan puteri paling aku suka.....

3 buah buku dari tetralogi 'bagaikan puteri'
Bermula dengan bagaikan puteri aku mengikuti perkembangan karya RAM......hohohoho......perkenalkan pulak kat adik perempuan dia pon addict jugak......alahai...memnag menyentuh hati,menyentap jiwa,penuh pengisiaan ilmu......sampai air mata pon mengalir, kini ada sesuatu sedang bermain d akal waras ku,wujudkah laksamana sunan aka saifudin.......tapi Ram da tegaskan watak saifudin adalah watak fiksyen...tapi bnyak sikap dan perwatakan saifudin boleh kita contohi......membaca novel ni mebuatkan aku berasa kerdil di dunia ciptaan Allah dan aku terkesan dengan watak dalam novel ini......kadang-kadang ada sesuatu yang tak terjangka dek akal pemikiran kita....
kewujudan bangsa polip jugak menjadi persoalan yang muncul dibenak fikiran,cube jugak googling,tapi kebanyakkan artikel yang aku baca menasihatkan jangan terlalu taksub untuk mencari takut terpesong akidah....Hanya Allah yang tahu rahsianya....Ram ada kemukakan  dalam novel cinta sufi tentang bangsa polip,sumber tersebut dari buku 'Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia karya Muhammad Isa Daud...
p/s: 
setakat ni saje,kalau nak tahu lebih lanjut tetralogi bagaikan puteri kena la baca sendiri,anda akan merasai sendiri,dibawa ke zaman Kesultanan Melayu Melaka,seolah-olah kita sendiri menyaksikan cerita ini di depan mata,.....tinggi betul imaginasi aku...kalau la cerita ini difilemkan,kan bagus.......thumbs up untuk karya RAM.....da nak asar...pas ni segmen ke dapur pulak,ohhh dapur tunggu aku,aku datang....haha...K bubye.....

SHARING IS CARING