28.2.12

SEPERTI YANG DIJANJIKAN.

Selamat malam.....hikhik..sempat kowt taip entri jap..padahal esemen da amik giliran da UNTUK DISIAPKAN. Ia seperti yang dijanjikan, nak tahu janji apa?

da janji dengan mereka-mereka di rumah bersempena hari kelahiran aiman & nabila comot,maka perlu lah aku membuat makaroni bakar ini. first try,not bad la.Tak pandai memasak pon boleh la setakat campak macam2 rencah tu ikut suka hati,then siappp....
da jadi resipi rekaan sendiri plak gaya nya.alamklum la cheff xbertauliah..hakhak.da la kelam kabut nak balik malam tu,boleh lak duk kalut-kalut buat makaroni. Ni dia hasilnya...tadaaaaaaa

TRIMAS jugak wat ibu,sebab beri tunjuk ajar mana yang tak betul, tapi siyes la,mula-mula aku letak cili kering,gerenti la tak pedas,sebab ingin mendapatkan rasa kepedasan itu, jadi 2 sudu besar cili api pulak aku letak, nah amekawww 'berasap' telinga masing2....

makan yer jangan banyak songeh plak,tu pon kira untung kakak korang yang comel ni turun dapur nak buat makaroni bakar taw...hikhik...pedas boleh tahan gak la mcam lori cili terbalik pon ada jugak.....
macam xda rupa makaroni bakar,sebab xbanyak telur  yang digunakan untuk gam makaroni tersebut,mean bila kita potong dia xlerai,macam pizza gak,itu kalau tambah cheese lah...hehe
btw thanxs buat rakan blogger ni,sebenarnya resipi liza hanum sangat membantu aku dalam menyiapkan makaroni bakar ni,cuma 1 jer bahan aku xletak,keju...mana nak cari xtahu la....tempat kita pekan jer ,xda la bandar besar.~~ayat tagih simpati. alasan,malas nak pergi cari sebenarnya,ada jer kowt kat kedai kek.
p/s: okeh setakat ini jer enti untuk hari ni,da ada keinginan untuk try wat peach cobbler plak...sebenarnya aku kurang terdedah dengan desert n kek,almaklum la kurang meminati makanan manis...skema jer bunyik nya..haha...cer tanya aku kek pavlova,red velvet,1 pon aku xthu...
jadi niat untuk buat pon pudar jer..tapi apa yang penting puas hati buat makanan bagi orang makan,tengok orang makan tambah2,ini pon da memadai sebenar nya..yang penting ikhlas...hihi...^^

25.2.12

going back to study agains

Selamat malam..toink..toink si amoi sepet nak bercerita ni,da 5 hari berlalu,minggu pertama pergi kuliah,not bad la......tapi penat otak memikir jadual yang agak huru-hara sem ni..but finally segalanya settle, Alhamdulillah...moga dipermudahkan....takut..takut...

hari pertama kuliah jer,da kena tegur muka pucat basi,eh pucat lesi....ntah penat memikir kowt,lagi pon moody masa tu,memang la pucat,hehehehe...dapat pula lecturer foreigner sem ni,aiyakkk,rase macam da jadi simptom bila lecturer foreigner yang start mengajar,maka berbunyi lah macam-macam keluhan.....

tapi kali ni,lecturer sangat closed dengan student,mungkin sebab dia ambil master dan phd di U ni ,jadi dia paham situasi students malah dia pula yang risau bila tegok dahi2 kami si students ni berkerut seribu pabila ditanya soalan...hakhak.....yang dapat jawab soalan pulak,yeahhh ur r right,i give u A+,actually bukan A+ yang sir sebut tapi APPLAUSE......hahahaha....

dan aku ingat satu term ni sir bagi tahu kami, u knows PHD stand for what.....lalu dia pon menulis di white board...
P= permanent
H=head
D=damage

HAKHAKHAK ..... ketawa besar kami 1 kelas..memang xkering gusi la,macam ni baru la xbosan,benefit nya jugak it's will improve my poor english....kan...kan..
sir Aliyu ni memang suka selitkan unsur sense of humor jugak semasa proses pembelajaran....terskema pulak ayat aku......
okeh setakat ni jer la entri kali ni ea,terasa diri da sedikit matured sebab da masuk 23 kan,sila lah muntah dengar statement aku ni...hakhak..meja xda rupe meja blajar lagi,xdatang mood nak menata rias meja macam sem lepas...hohohoho....

i miss my messy study table....
p/s untuk diri sendiri:
study lagi,
ini masanya nak renew our itention
renew our niat and make it for the sake of Allah....
ask for the guidance from Allah...insyAllah Allah will make easier for us...
one more thing ,be aware with what u have now mean sila la berpada dengan apa yang ada ...
WARNING ea.....maafla xsuka warna ayat warning tu warna merah,ni pon nak kena state gak ker...

23.2.12

Dapat Doodle Percuma

Selamat petang,hihihi....rase gembira xterhingga ,xtahu nak kata apa,yang pasti gembira 1001 sebab ni.....ape pon Alhamdulillah.....okeh entry ni nak citer pasal doodle yang aku dapat dari mel kerana menjadi followers nya yang ke 1000.... btw thanxs a lot mel...doodle nya sangat cantik...totaly love doodle muslimah...



sungguh xtahu nak kata apa...dapat tahu tentang mel ni dari fb page i luv Islam ,sebab kat page ni,ada disertakan wallpaper doodle dari blog mel,lebih kurang mel berdakwah melalui lukisan doodle2 nya,dan ni juga jadi salah satu sebab kenapa aku follow blog ini...jadi kawan-kawan yang baca post ni,jom ramai-ramai kita terjah blog mel (sini)..

18.2.12

simple post # 2

p/s: sebak..sebak..tengah pikir nak nak balik rumah ,padahal baru jer sampai kampus pagi tadi,mengarut betul moody ni bila tiba ABC,sabarla wahai hati,otak xbrape nak addapt keadaan setempat ni,mana x nya otak tinggal kat rumah kowt,memikirkan kalau time2 macam ni buat ape kat rumah...lame2 ok ler..positif..positif..sok nak start kelas da....ibu,abah n adik2 tunggu ,kakak balik bulan 4 nanti...jangan lupa bentang karpet hijau taw,hakhakhak..luv all of u..

16.2.12

simple post # 1

p/s:ringkas jer entri ni,malas nak taip,hahaha..moody,cloudy jer mood hari ni gara-gara sok kena pulang  ke kampus....haiyaa...food memang bestfriend ku sejak sekolah menengah....sekolah rendah masih jadi enemy sebab aku org paling memilih terutamanya bab 'MAKAN'..sampai sekarang pon ada lagi penyakit tu ckit...hikhikhik..ohhh sesiapa yang xsuka habit aku ni,sila jangan like entry ni  ea.....hahaha

10.2.12

study,juz for past the exam???

salam readers,sesi petang kita ea,haha...tangan ni gatal, tak boleh berhenti menaip kat google search,alang-alang da baca,baik sharing skali disini...kan ...kan..sharing is caring...tambah-tambah lagi untuk pembangunan diri dan agama ISLAM  kita.....


okeh berbalik pada topik kat atas agak2 korang pernah x alami situasi,belajar semata-mata untuk lulus exam,aku mengaku,aku jugak tergolong dalam kategori ini,hah jangan ada yang x ngaku pulak ,ni most of students banyak buat perkara ni.....baik ngaku,hahaha...perkara ni terjadi boleh jadi tanpa kita sedari ...jadi apa SOLUTION nya..

TAJDID  mean RENEWsemula niat kita....
nak tahu lebih ni ada sedikit perkongsian pertanyaan yang aku jumpa:


how to study for the sake of Allah. ? I feel like im studying just to pass the exam etc etc
Anonymous
 Salam dear. :)to be honest, i’m having the same problem too.. my niat always went astray T__T but by the time when we realize it, we need to instantly tajdid [renew] our niat.. Lillahi taala. :)
first of all, we must remember this. glue this in our heads.
believe that everything comes from Allah. everything happens with His permission/approval. the knowledge you gained, the brain that think, mind that understand, eyes that see, the ideas you get, your urge to study, even the breath that you take, the heart that beats. everything.
“not a leaf falls without His knowledge.” (Al An’am, 6:59)
when this perception sticked in your heart, you’ll automatically feel small.. you’ll realize you’re nothing without Him.. since He’s the one who give you everything, why don’t you be thankful?you’ll feel that it is your responsibility to please Him, to do what He has told us to do, and follow His guidance. not to please His creation, not to show off/compete with each other, not to prove that you’re better. this includes in our study.
The Prophet (pbuh) said, “The seeking of knowledge is obligatory for every Muslim.” Al-Tirmidhi but “if knowledge is not attached with taqwa, it becomes means of arrogance.”-Nouman Ali Khan. if you do, you won’t feel that your success is solely comes from your intelligence/efforts. also, even if you’ve worked so hard you won’t feel depressed if you cant make it or get low grades. because you believe Allah knows what is best for you.
“Allah knows and you know not.” (Al Baqarah, 2:216) and Allah counts your efforts rather than the outcomes. :)
there’s a quote, “Be more concerned with your character than your reputation, because your character is what you really are, while your reputation is merely what others think.”*sorry for the long answer..huhu. and i’m sure there’s grammar error somewhere. please inform me. my english is poor.. T__T
take care! :)
aku suka satu kenyataan ni,dimana kalau kita lakukan sesuatu perkara termasuklah menuntut ilmu, dengan hati kita berpaksikan niat atas nama Allah,mengikut segala suruhan Nya,andai kita berjaya sekali pun,kita tidak merasa ianya terhasil dari kepandaian dan kebijaksanaan serta usaha kita,bahkan jika kita gagal setelah 1001 usaha telah kita lakukan kita tidak akan merasa tertekan dan kecewa,sebab kita da pahatkan dalam kita bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita....
haha,pandai jer aku berfalsafah,diri sendiri tunggang-langgang lagi....lepas ni renew niat,then tampal dalam kepala,guna gam gajah..pas tu kita buat sticky note pas tu tampal kat dahi ea...boleh ker...haha...gurau jer..okeh setakat ini saje tazkirah untuk masuk sem baru,moga dipermudahkan..insyaAllah...pas ni mahu menuju ke kg,ku tinggalkan lappy untuk satu hari..bye.bye..=)

Kisah Qarin – Jin Kembar Manusia

Salam readers ,hari ni nak kongsi artikel ni,mungkin ada antara korang da baca artikel ni,buat yang belum, selamat membaca ea.....hari ni hari membaca sedunia,hikhik...jadi ini yang sempat untuk dikongsikan bersama dari artikel yang aku baca...moga bermanfaat....^^
Kisah Qarin – Jin Kembar Manusia | Pernah tak korang dengar tentang jin yang bernama Qarin atau Karin ni. Dikatakan jin ini akan dilahirkan bersama-sama manusia tetapi bila manusia mati,jin karin ni tak mati. Betul ke? Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang kisah karin, yang dikatakan jin kembar kepada manusia ni.
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Qurandan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarinitu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarinterus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
Wallahu’alam….

quick+short update =no idea

Salam readers, ada lagi x ni yang nak jenguk contengan aku ni,hikhikhik...otak da berpikir ligat seligat kipas siling yang berpusing ...ligat memikirkan apa yang nak ditaipkan dalam blog hari ni,aiyaaaa...ni pon boleh jadi tensen ,mau hangin satu badan ni...bajet jer title post english,hahaha..type entri bahasa melayu,ape kehal nya...
what i want to write,haha..buat penambahan ayat ckit...
ni la masalahnya bila guna lappy orang lain,satu idea pon susah nak dapat,hikhik...heh xkenang dek untung betul aku ni,mau gak kena bebel ngan burung kakak tua a.k.a owner lappy...

da xmau cakap banyak bukan sebab speechless tau,xda idea ni ha.....i should end now...bye..bye.^^

8.2.12

VANILA COKLAT

Salam readers,ada ke x orang yang menjenguk nak baca ni,hahaha.. papela ,ak xkesah janji hati puas dapat post something interesting ni,apa itu vanila cokelat,air ker,x la  tajuk cerita ni....
tetibe terajin pulak nak post pasal ni, excited la katakan,hoho
hah..jarang aku excited tengok drama melayu excited nya sampai tahap kritkal,sampai tertunggu episod seterusnya,penyakit apakah ini?????? adoiiiyaiiii penangan ke bahana ni......??
minggu lepas bila tengok sedutan cerita episod untuk minggu ini,jadi terlebih excited pulak..sah hampir stress giler tengok citer ni,then aku plak yang angau,tersengeh sorang2 mengalahkan kerang busuk...haha

aku suka tengok both of them,cute bangat...dialog pula simple english jer tapi deeply meaning...
aku suka gandingan izara aisyah dan aiman akim ridza....eh.eh macam nama adik2 aku...kalau nak download korang tekan kat SINI .....

da henti kan tabiat nak tersenyum sorang-sorang ala2 kambing gurun xbertauliah,
x plak ko excited nak tengok result kan,bukan excited la tapi 'seram nih'..hakhak..
takut...takut..sampai menggigil kepala lutut..da macam parkinson plak heh..
p/s: hah demit...demit,gua suka la citer2 macam ni..sampai berdarah hidung kowt..
nak2 pula ala-ala novel yang pernah gua baca,nak2 pulak berkahwin bukan atas dasar cinta, BERANGAN..BERANGAN... ni baru la sweet ,cinta selepas kahwin..sweet ever after...^^

4.2.12

hari memperingati kekasih Allah

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

~✿ Jom kita sambut beramai-ramai " hari memperingati kekasih"
dah dekat dah ni...
dah sediakan hadiah..??
banyak x hadiah yang nak diberi...??
Jom la Ramai-ramai kita sambut oke...

hari memperingati kekasih Allah,
Nabi Muhammad S.A.W...

sabda nabi :

" sesungguhnya orang yang paling dekat denganKU pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKU.."

selawat adalah hadiah paling mudah untuk diberikan.. \(n_n)/

source:weheartit
p/s; walaupun aku sendiri belum sampai ke tahap mencintai baginda,tapi bermula sedikit demi sedikit untuk mengikut 2 perkara yang ditinggalkan baginda semasa khutbah terakhir ... 
"Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku"Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
beruntungnya kita mempunyai seorang rasul yang mengingati kita sehingga ke saat kematian nya..nak nangis rase sebab aku masih jauh untuk sampai ke tahap itu,nak atau tak  ISTIQAMAH perlu,sedikit demi sedikit...
bagaimana lah agak nya fenomena orang bercinta tapi tiada didepan mata.. 
Moga-moga kita terpilih untuk bersama Baginda Rasulullah SAW kelak......insyaAllah..

2.2.12

Setiap Pagi


Selamat malam semua,erm mau taip entri sebelum tido,godek punya godek jumpa quotes ni,tertarik untuk berbicara tentang ini... 
sekarang,bangun pagi da x ingat nak baca doa bangun dari tido da dan aku la orang yang termasuk dalam kategori ini,padahal kita patut bersyukur kerana Allah masih beri kita peluang untuk bernyawa menghirup udara di bumi Nya dan mengumpul amalan untuk dijadikan bekalan akhirat kelak ..
Seperti yang tertera di atas, setiap kali kita terjaga di pagi hari,itu tanda nya Allah sayangkan kita bukan sahaja kita diberi peluang untuk hidup bahkan diberi peluang untuk membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan semalam..... 
jadi lepas ni no excuse ea,rajin-rajin amalkan.... so kat sini,da alang2,ak share sekali doa,buat yang tak tahu,atau tahu tak amalkan atau tak ingat termasukla diri aku sendiri...HIHI

Amalan Sesudah Bangun dari Tidur
SUMBERhttp://awangnano.blogspot.com

  1. Susah nak bangun pagi walaupun dah tidur awal? Senang sahaja. Kunci jam sebanyak yang mungkin! Kalau jam loceng tak membantu, kunci jam telefon bimbit sekali. Kalau tak jadi juga, tambah lagi jam loceng. Kalau tak jadi jugak, letakkan bom C4 kat bawah bantal. Pasti akan bangun sepantas kilat.
  2. Baca doa bangun tidur, panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang sekali lagi untuk menghirup udara di atas muka bumi Nya ini.
  3. Sesudah bangun, geliat. Berdiri depan cermin dengan muka ketat dan rambut berserabai, senyum selama beberapa minit. Menurut kajian, senyuman ini akan menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan hormon-hormon yang akan menyebabkan kita rasa ceria dan positif.
  4. Lakukan sedikit senaman meregengkan badan. Supaya otot kita menjadi longgar dan senang untuk kita memulakan aktiviti seharian. Dan senaman yang paling power ialah Solat Subuh dua rakaat.
  5. Sebelum gosok gigi, minum air suam segelas. Ia akan membantu mengoptimumkan sistem pencernaan dalam badan kita.
  6. Bersarapan. Jangan sekali-kali skip sarapan kerana sarapan sangat penting kepada badan kita. Tak perlu ambil sajian yang berat. Memadai hanya dua biji telur separuh masak dan jus buah buahan.
InsyaAllah, kalau kita amalankan selalu, akan ada orang yang bertanya, "Aku tengok kau ni ceria je sentiasa. Apa rahsianya ya?". Selamat mencuba! :) akhir sekali,


SHARING IS CARING