2.2.12

Setiap Pagi


Selamat malam semua,erm mau taip entri sebelum tido,godek punya godek jumpa quotes ni,tertarik untuk berbicara tentang ini... 
sekarang,bangun pagi da x ingat nak baca doa bangun dari tido da dan aku la orang yang termasuk dalam kategori ini,padahal kita patut bersyukur kerana Allah masih beri kita peluang untuk bernyawa menghirup udara di bumi Nya dan mengumpul amalan untuk dijadikan bekalan akhirat kelak ..
Seperti yang tertera di atas, setiap kali kita terjaga di pagi hari,itu tanda nya Allah sayangkan kita bukan sahaja kita diberi peluang untuk hidup bahkan diberi peluang untuk membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan semalam..... 
jadi lepas ni no excuse ea,rajin-rajin amalkan.... so kat sini,da alang2,ak share sekali doa,buat yang tak tahu,atau tahu tak amalkan atau tak ingat termasukla diri aku sendiri...HIHI

Amalan Sesudah Bangun dari Tidur
SUMBERhttp://awangnano.blogspot.com

  1. Susah nak bangun pagi walaupun dah tidur awal? Senang sahaja. Kunci jam sebanyak yang mungkin! Kalau jam loceng tak membantu, kunci jam telefon bimbit sekali. Kalau tak jadi juga, tambah lagi jam loceng. Kalau tak jadi jugak, letakkan bom C4 kat bawah bantal. Pasti akan bangun sepantas kilat.
  2. Baca doa bangun tidur, panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang sekali lagi untuk menghirup udara di atas muka bumi Nya ini.
  3. Sesudah bangun, geliat. Berdiri depan cermin dengan muka ketat dan rambut berserabai, senyum selama beberapa minit. Menurut kajian, senyuman ini akan menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan hormon-hormon yang akan menyebabkan kita rasa ceria dan positif.
  4. Lakukan sedikit senaman meregengkan badan. Supaya otot kita menjadi longgar dan senang untuk kita memulakan aktiviti seharian. Dan senaman yang paling power ialah Solat Subuh dua rakaat.
  5. Sebelum gosok gigi, minum air suam segelas. Ia akan membantu mengoptimumkan sistem pencernaan dalam badan kita.
  6. Bersarapan. Jangan sekali-kali skip sarapan kerana sarapan sangat penting kepada badan kita. Tak perlu ambil sajian yang berat. Memadai hanya dua biji telur separuh masak dan jus buah buahan.
InsyaAllah, kalau kita amalankan selalu, akan ada orang yang bertanya, "Aku tengok kau ni ceria je sentiasa. Apa rahsianya ya?". Selamat mencuba! :) akhir sekali,


2 comments

February 3, 2012 at 4:31 AM

Yap,semangat kita di awal pagi penting untuk menempuh kepenatan seharian. Terbabtu semangat di awal pagi, hampir kecundanglah kita dihari tersebut.

February 3, 2012 at 6:06 AM

yup setuju,tp bangun pagi pon ada 1 penyakit,kalau x silap morning sickness...

Post a Comment

SHARING IS CARING