15.4.15

Wordless Wednesday #8





SubhanaAllah indah ciptaanNya sedikit pun tiada cacat cela.
 Lokasi: Peach Orchard, South Carolina.

14.4.15

Makan Tengah Hari Versi Saya

Assalamualaikum , selamat petang semua. Gigih sat nak update satu entri, kalau boleh 1 hari 1 entri, tapi harapnya bukan entri yang sekadar kongsi " life story" tetapi sesuatu yang boleh memberi inspirasi.ewah..ewah..

Tapi kalau nak update entri macam tu,perlu la banyak membaca. Teringat zaman tingkatan 6 dulu, zaman kegemilangan menulis karangan pengajian am laras sastera dan laras sains. Alhamdulillah selalu dijadikan karangan contoh dalam kelas..kihkih. Arwah cikgu aisyah memang selalu beri tunjuk ajar. Al -fatihah untuk arwah cikgu saya. Tapi sekarang dek kerana kurang membaca, penulisan pun rasa teruk sangat.

Ok berbalik pada tajuk saya tadi,okeh ni makanan tengah hari versi barang dapur tak cukup..hehe tak pun versi malas. 2 menu sahaja, sayur dengan telur dadar yang tiada rupa. Mafflah kalau gambar telur dadar tu nampak agak mengerikan, hehe. Itulah dek kerana masak ikut suka, nak tahu kenapa jadi macam tu, sebab saya letak terlalu banyak oregano, sehingga merubah teksture dan warna telur dadar tersebut. Menagis mak tengok.. 1 bintang pun tak dapat.



Okeh takat tu je la entri saya hari ni. Masak ni tak perlu pandai,perlu rajin, asal korang rajin, campak-campak tak ikut resepi pun menjadi..hee pandaila nasihat orang diri sendiri pun tak berapa rajin.

Okeh jumpe lagi di lain entri. Rajin-rajin la visit saya di page ye, Cloudwatcher Shoppe .Setakat ni belum berkesempatan nak buat review di blog mengenai barang yang saya jual, tapi banyak sisters punya stuff. InsyaAllah next entri. Ok Assalamualaikum. :)

12.4.15

Segmen Blogwalking #Part3

Assalamualaikum, bersua lagi, eh hari yang sama, bertubi-tubi entri.^_^ Hari ni hari join segmen sedunia. Boleh kira dengan jari aktiviti join segmen ni last join contest oleh bloggers dayah jelita ,tahun 2011 kalau tak silap.  Okeh jom join segment lagi. Mana tahu bertuahkan, dapat hadiah free:)

kalau nak join klik sahaja kat link ni ye. :)
**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 20 April 2015. 

11.4.15

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Hujung minggu macam ni join segmen pun best juga kan. Jom ramai -ramai join segmen ni, lagi ramai lagi meriah. Moga bertuah la wahai empunya diri.


OK! Kepada followers yang bertuah,
Nisa akan hadiahkan  Instant Shawl Magic  khas untuk 5orang sahaja, istimewa dari nisa !!


"Segmen Blogwalking +Hadiah Bertuah"

akan tamat pada 
15 Mei 2015.

8.4.15

Wordless Wednesday #7

Tok wan's clan day out.. heee.. Rindu keletah anak kecil yang menghiburkan hati. Moga menjadi penyejuk mata  dan penyenang hati ibu dan papa ye. Nanti kita jalan -jalan lagi kat IKEA.  
One of the greatest blessings given by Allah is love of family. Cherish your loved ones, treat them with affection, make them feel special.

6.4.15

DOA IMAN

Assalamualaikum semua, harap semua yang sedang baca ni sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Berkajang -kajang draft entry saya taip tapi semua pending. Kesian tengok blog ditinggalkan hampir 3 bulan lamanya. Okey hari ni baru datang mood tu nak post 1 entry. Da lama sangat teringin nak share satu doa ni, ringkas jer doanya. Macam pantun 4 kerat.

Saya jumpa doa ni masa beli koleksi album Doa dari kumpulan UNIC. Ringkas doanya, kalau budak seawal 2 tahun pun boleh ikut dan hafal. Sebab ada anak jiran yang mak jaga tu dia suka dengar.

Ketika umur Iman1 tahun saya saja putar qasidah Ya Hanana. The best part dia paling ingat ketika tu, masa kita sebut Allah (sambil angkat kedua belah tangan).

Jadi bila kita duk saja-saja, mesti dia sebut kakak, sambil angkat kedua belah tangan. Saya paham da isyaratnya tu, minta dipasang lagu Ya hanana. Geli hati dibuatnya, tengok dia terhibur dangar qasidah.

Doa iman ni pun saya on juga, memandangkan namanya pun Iman, bila pasang  doa ni lagi dia suka, sebab disebut perkataan Iman tu 4 kali. Anak kecil kan, senang nak menyerap dan mengingat maklumat. Jadi tak hairan kalau dalam usia itu mereka didedahkan dengan al Quran.

Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
Ya Allah matikan kami dalam iman,
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman,
Dan masukkan ke syurga-Mu dengan iman.

Saya cadangkan anda beli album Doa dari kumpulan UNIC. Sangat mudah nak ingat, ada doa dhuha, doa tahajud, doa isthikaharah, doa rabithah dan banyak lagi. Bacaan semuanya disertakan dengan maksud doa. Kesan dia kalau tiap kali anda naik kereta pasang CD ni, tengok dalam 2,3 bulan, boleh hafal satu CD. Lepas ni boleh la selit doa -doa ni dalam koleksi doa harian.Spread the good. till we meet again. Assalamualaikum.

SHARING IS CARING