6.4.15

DOA IMAN

Unknown|
Assalamualaikum semua, harap semua yang sedang baca ni sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Berkajang -kajang draft entry saya taip tapi semua pending. Kesian tengok blog ditinggalkan hampir 3 bulan lamanya. Okey hari ni baru datang mood tu nak post 1 entry. Da lama sangat teringin nak share satu doa ni, ringkas jer doanya. Macam pantun 4 kerat.

Saya jumpa doa ni masa beli koleksi album Doa dari kumpulan UNIC. Ringkas doanya, kalau budak seawal 2 tahun pun boleh ikut dan hafal. Sebab ada anak jiran yang mak jaga tu dia suka dengar.

Ketika umur Iman1 tahun saya saja putar qasidah Ya Hanana. The best part dia paling ingat ketika tu, masa kita sebut Allah (sambil angkat kedua belah tangan).

Jadi bila kita duk saja-saja, mesti dia sebut kakak, sambil angkat kedua belah tangan. Saya paham da isyaratnya tu, minta dipasang lagu Ya hanana. Geli hati dibuatnya, tengok dia terhibur dangar qasidah.

Doa iman ni pun saya on juga, memandangkan namanya pun Iman, bila pasang  doa ni lagi dia suka, sebab disebut perkataan Iman tu 4 kali. Anak kecil kan, senang nak menyerap dan mengingat maklumat. Jadi tak hairan kalau dalam usia itu mereka didedahkan dengan al Quran.

Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
Ya Allah matikan kami dalam iman,
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman,
Dan masukkan ke syurga-Mu dengan iman.

Saya cadangkan anda beli album Doa dari kumpulan UNIC. Sangat mudah nak ingat, ada doa dhuha, doa tahajud, doa isthikaharah, doa rabithah dan banyak lagi. Bacaan semuanya disertakan dengan maksud doa. Kesan dia kalau tiap kali anda naik kereta pasang CD ni, tengok dalam 2,3 bulan, boleh hafal satu CD. Lepas ni boleh la selit doa -doa ni dalam koleksi doa harian.Spread the good. till we meet again. Assalamualaikum.

SHARING IS CARING