29.1.12

Pantang

Selamat malam sume,wahhh malam ni xtengok tv,paling x tadi sempat tengok berita,AJL,kurang minat lorh,hikhikhik...maka timbul la macam-macam isu dalam facebok,antara ceramah khas Ustaz Azhar Idrus, dengan AJL...

Ak????? xmemilih mana2,tadi sebenarnya duk search resipi ngan ibu..lame la jugak,saje nak bagi ibu x bosan...kesian ibu...lagi satu, xtahu plak boleh tengok live ceramah UAI,baru terjumpa link kat fb tadi..terlepas la siaran live nya td..xpela masing-masing ada pandangan tersendiri..ikutla kome nak tengok yang mana ea...

okeh da cukop abes topik tu,sekarang citer gue pulak,tajuk nya 'PANTANG'
yer ,not pantang orang bersalin ea,or pantang mak nenek ak,tapi pantang nampak BUAIAN kat taman permainan a.k.a PLAYGROUND..

ah.ah memang pantang pon nampak,asal nampak jer nak naik buai tu..tapi duk kuarters ni,ada skali jer pergi,pas tu x berani pulak takut kena marah ngan pegawai,mana x nya awok tu da beso,g pulak main buaian,nampak pulok orang yang suka bawak citer,abesla ...
kami adik beradik...
cop2 last main buaian masa kat RnR hari tu ,itu tempat wa xda kisah ma kalau nak main...hehehehe
gambar kat ats bukti r,g main kat RnR mana ntah ler,xingt pulok...
main buian pon nak jadikan post,xpela blog ak,suke ati r...hakhakhak
ni jer ada masa mau taip citer,sok masuk kuliah xda dah,bukan sibuk sangat esemen sibuk membaca bahan bermanfaat dalam internet jugak,2 sebab jadi malas nak menaip....eleh nak puji diri 'rajin membaca' ler tu,hakhak...RAJIN X RAJIN  kena membaca jugak untuk menambah ilmu,xcukup ilmu kat dada macam mana nak survive kat dunia sebenar nanti....betul x...^^
OK ler da lewat,mau tido awal,dan bangun awal..xmao citer panjang2,post ikut suka ati jer ni....nanti banyak lari tajuk pula...kena potong markah...aiyaaa...ingat tulis blog macam tulis karangan ker ahjuma uiii..hiishh...okey ler selamat malam,assalamualaikum...^^

12.1.12

CERPEN SEINDAH DAHULU

Lama TAK update kan,xpe orang busy la kata kan,hihihi...post kedua tahun 2012...okeh kali ni nak kongsi satu cerpen,sangat best,harap korang boleh luangkan masa baca story ni kalau singgah blog ni ea....i'm sure at the end of story u feel want to cry,xda la....bukan cerita sedih,jangan risau..hihi....walaupun jalan cerita agak panjang,tapi baca lah,mungkin korang akan peroleh sesuatu dari cerpen ni.....selamat membaca...^^
Aku suka rasa di sekolah. Hening, ketika petang menyinsing. Atau terasa damainya ketika senja menyapa.
Nurul Aiman. Sedap namanya, apatah lagi akhlaknya. Gadis, wanita yang sering aku kagum dan memandang tinggi padanya. Bukan wanita, muslimah sebetulnya. Aku selalu memerhati sikap dan perwatakan yang ada pada dirinya, dari jauh sudut di hati. Sikapnya yang tenang, tapi tegas berhikmah terhadap lelaki.
Wajahnya ayu lembut bertudung labuh menyentuh, menyerlah iman di dada. Sopan, terlalu sopan. Malah, tenang. Melihatnya kadang membuatkan aku terasa suka. Dalam hati, aku selalu menyimpan seribu perasaan. Benarlah sabda Rasulullah Saw, " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. "
Di hujung waktu persekolahan, aku beranikan diri. Aku tinggalkan secebis pesanan. Memercikkan warna perasaan bersama segunung harapan.
Balasnya,
"Majdi, cinta itu ungkapan yang penuh hikmah. Alangkah ruginya jika ia hanya layu di janji lemah. InsyaAllah, janji Allah senantiasa untukmu. Berharaplah, berdoalah.
Yang solehah itu untuk yang soleh. 
Bersabarlah, tahan atas semua yang berpura-pura. Atas semua yang sementara. Jika itu yang terbaik, maka Allah akan bantu. Sampai sini, tinggalkan semua yang tak perlu. Terus, terus kejar demi yang satu. InsyaAllah, sampai jumpa lagi ya."  

Hingga satu saat, yang pasti akan sentiasa aku ingat. Waktu anugerah Allah diberi untuk dapat aku bertemu. Tanpa sengaja, tanpa diduga. Bersama temannya. Dia membicara perlahan.
"Majdi, insyaAllah. Nanti, Nurul akan ke Amerika. Mengambil bidang ekonomi di sana. InsyaAllah, mengembangkan islam di sana. Doakanlah ya." Dia menutur perlahan.
"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?" Aku tertanya, hairan menerpa. Ingin tahu, amat ingin tahu.
SOURCE : ENCIK GOOGLE
Dia tersenyum.
"Tak mengapa. Di sana, ilmunya banyak. Di sana ilmunya hebat. Biarlah. InsyaAllah. Iman, Nurul akan cuba menjaga sebaiknya."
Waktu itu yang memang akan aku ingat. Sampai bila-bila..
Petang itu damai. Sedamai bunga yang asyik melambai. Sehingga aku kadang-kadang lalai melihat. Sungguh, Allah maha hebat.
Aku baru selesai membaca mathurat bersama rakan sepejabatku, Rahman di surau office. Dialah rakan seusrahku, dan dialah sahabat baikku. Alhamdulillah, bersamanya, aku mudah untuk terus istiqamah membaca makthurat setiap hari.
"Majdi, jom makan!" Rahman mengajak.
"Isk, ko ni. Asyik makan je kerja.." Aku menyakat. Ketawa sambil membetulkankan blazer hitamku yang sedikit terkeluar. Blazer itu aku gandingkan dengan kopiah hitamku yang selalu aku pakai, sengaja cuba menampilkan imej muslim profesional.
"Haha. nak buat macamna. Kan perlukan tenaga juga nanti nak buat kerja." Katanya sambil ketawa kecil.
Aku ketawa. Sudah sampai sini rupanya perjalanan hidupku. Dari bertatih, hingga kini, di alam pekerjaan yang menuntutku berusaha gigih. Tak apa, umurku masih terlalu muda, kata orang, masih segak bila dipandang mata. Jika orang tidak kata, aku yang berkata begitu.
Village Muslim Cafe menjadi pilihan. Kopinya di situ memang enak. Terlalu enak malah. Aku selalu terbuai didodoi haruman baunya.
Aku melamunkan fikiran, berfikir tentang pelbagai perkara. Masa dulu, dan masa akan datang. Malah tanggungjawab yang semakin menebal. Biarlah, aku bahagia dengan semua ni. Cuma, kadang-kadang aku teringatkan seseuatu. Seseorang.
"Majdi.."
Sebuah suara yang amat ku kenal.
Amat-amat ku kenal.
Aku berpaling.
Tersenyum. Berdiri seorang wanita. Ayu, lembut perwatakannya. Dengan baju yang seakan gaun putih yang kembang di bawahnya, serta lipatan kain yang membentuk bunga yang amat kemas hingga ke hujung lengan, dia benar-benar kelihatan anggun bersama pakaian begitu.
Pakaian yang seakan-akan buatan Inggeris. Di tangannya tersemat beg bimbit berbunga merah berjalur putih krim, dia memegangnya dengan tangan ke hadapan.
Rambut lurusnya lembut menutupi telinga dan sebahagian muka. Kadang-kadang ditarik sedikit ke telinga saat disapa dan dibelai angin. Ayu.
Dia tersenyum manis. Amat manis.
Aku mengamati.
Dan rasa terus menerpa, meresap menjadi sendu.
Seakan tak percaya.
"Nurul.. Nurul Aiman..?"
"Ya, saya..." Dia membalas lembut.
Nurul tersenyum. Senyumannya bergula. Sama macam senyuman dia waktu aku kenal dahulu, sewaktu dia di sekolah 8 tahun lepas. Tapi kali ni lain. Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkota lurus rambutnya yang dirapikan. Seakan watak Apple dalam cerita 'Le Gardenie' yang pernah aku baca.
Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah 8 tahun. Yang amat aku rindu sebenarnya.
Masing-masing terdiam.
"Ermm.. Awak apa khabar?" Nurul membuka bicara. Membuka ruang mesra.
"Err.. alhamdulillah, saya baik je.. ok.. awak?"
"Baik je, sihat alhamdulillah. Lama tak jumpa kan? Saya baru sampai ke Malaysia semalam.."
"Erm.." Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.
Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.
Nurul melihat jamnya.
"Majdi, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan.." Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.
Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.
"Ambil ni. Kita jumpa ya?" Dia menghulurkan.
"Minta diri, assalamu'alaikum..." Nurul menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.
"Restoran Zahrah
9.00 pm "
Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.
"Majdi?" Rahman memanggil, mematikan lamunan.
"Siapa tadi?"
"Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ye.." Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.
Nurul Aiman......
Pen Parker berwarna silver itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Ntah ape yang dituliskan, Majdi pun tak tahu.
Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempadak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.
Majdi duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Nurul yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, lansung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.
Dia masih tergamam, terkelu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.
"Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?" Fikirnya dalam hati.
Dia diam. Sengaja biarkan alam menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.
"Kadang-kadang tak semua perkara yang kita suka, kita akan dapat Majdi.. " Rahman menyentuh bahunya perlahan, tersenyum.
Majdi mendongak.
"Rahman.." Majdi tersenyum. Rahman selalu begitu, hadir ketika sahabatnya berduka.
"Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya.."
Majdi tahu, Rahman merujuk kepada apa yang berlaku pada Nurul Aiman.
"Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?" Majdi bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.
"Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka.."
"Allah.. tak pernah menguji hambaNya.. melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga.." Perlahan Rahman mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.
"Ya.." Majdi mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.
Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan kondisi dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.
Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya. Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat Forrero Rocher yang amat terkenal. Menambahkan lagi suasana dan rasa yang sedia ada. Alunan muzik yang sentimental turut menghiasi suasana.
Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher. Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.
Majdi masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Nurul mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.
"Silalah.." Nurul mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan abaya berwarna krim cair.
Aku duduk, menghadap Nurul. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Dari jauh, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang bersauh di perlabuhan.
"Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya.." Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.
Masing-masing diam.
"Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamna hidup awak? Ok?.." Dia membuka perbualan sambil tersenyum.
"Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?"
Dia tertawa kecil.
" Everything is changed Majdi.."
"Tapi.."
"Tapi? "
"Tapi awak berubah terlalu banyak Nurul.."
"Erm.."
Nurul diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh....
Lalu.. Nurul menceritakan bagaimana dia “terpaksa” berubah..
"What are you doing with your frankly veil in this 'cold' class Nurul?"
Hahahaha!
Bederai satu kelas ketawa. Wajah Nurul menjadi merah menahan malu. Malu yang amat. Dan itulah dia di hari pertama kuliahnya di Universiti Califonia, Amerika Syarikat.
Begitu juga hari-hari berikutnya. Dia rasa semakin dipulaukan. Hanya kerana tudung yang dipakai. Pernah, dia cuba mencari teman meluahkan perasaan. Tapi apalah sangat yang dapat diluahkan jika semua kawan sepengajiannya dari Malaysia tidak ada yang bertudung.
"Ala, kau buka je lah. Mesti diorang senyap.."
"Erm, kau pun cantik. Kalau tak pakai tudung mesti lagi cantik.."
"Kita kat negara orang, bukan di Malaysia lagi.. Kena ikut cara orang lah.."
Dia menangis. Terasa berat keadaan yang menekan. Dngan kehidupan, dan perasaan yang tidak stabil. Pelajaran juga entah ke mana. Dia terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya dulu.
"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?"
Dia seakan-akan masih terdengar persoalan itu di benaknya.Pernah dia berhasrat untuk berpindah universiti. Tapi mengenangkan ibu bapanya yang bersusah payah semasa dia memohon ke sini, dia cuba menabahkan diri.
Sendiri. Terasing.
Hingga satu hari, pernah dia berjumpa dengan seorang lecturer di situ. Dengan tujuan ingin membuat consultation atas subjek yang amat kurang difahaminya.
Tanpa memandang wajahnya, lecturernya berkata. Kasar.
"As long as you still with your veil.. I don't wanna speak with u.."
Nurul terkedu. Tak sangka hingga tahap ini dia diperlakukan. Tak tahu apa yang dibenci sangat hingga jadi diskriminasi sebegini.
Dia jadi lemah. Dia seakan sudah hilang arah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tertekan.
Amat-amat tertekan.
Dan esoknya..
Hadir seorang wanita, berambut lurus dan tersisir kemas. Memasuki kelas sambil melangkah malu..
**************************************
"Kembalilah kepada Nurul yang pernah saya kenal dahulu..
Nurul berpaling, tersenyum lesu, memandang aku dalam-dalam, penuh makna.
"Ia tak semudah yang difikirkan Majdi.."
"Seandainya, saya dapat memutar masa kembali..."
Nurul mengeluh lesu.
"Awak masih ada masa, Nurul.." Aku tersenyum.
"Awak tau Nurul. Wanita, ibarat coklat."
Majdi mengambil Ferrero Rocher di dalam bekas kaca di atas meja. Mengambil dua. Membuka satu. Plastik kuning keemasannya di buka sebaiknya.
"Coklat?"
"Ya, coklat. Coklat yang disimpan rapi. Terjaga. Yang senantiasa indah dan cantik dalam balutannya. Campaklah walau ia di manapun. Dan pasti, semua orang mengagumi dan menginginkannya..."
Majdi menjatuhkan keduanya ke lantai.
"Semakin ia berbalut, semakin ia terjaga. Dan seandainya diberi pilihan antara coklat yang sedia berbalut dengan coklat yang terbuka itu terjatuh. Pasti orang akan memilih.."
"Pasti orang memilih yang berbalut kan? Kerana yang terbuka itu sudah dicemari, sudah kotor, sudah tak berharga. Kan?" Nurul menjawab. Terus menunduk.
Riak wajahnya bertukar mendung.
"Dan saya adalah coklat yang kotor itu.." Wajahnya hampir menangis.
Aku tersenyum.
"Ya, mungkin orang akan pilih yang berbalut kemas.“
“Indahkan Islam? Indahnya Islam dalam meninggikan imej dan martabat seorang wanita seperti yang terkandung dalam surah al ahzab ayat 59, Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup aurat) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu). Nurul,segala apa yang di atur oleh Allah itu memang sentiasa mengandungi hikmah yang amat baik untuk kita.”
Lalu Majdi mengambil coklat yang jatuh. Meletakkan atas meja.
Aku tersenyum lagi.
"Tapi saya lain. Saya akan mengambil coklat yang lagi satu. Saya akan ambil dan saya akan basuh balik sebersih-bersihnya. Saya akan balut semula sekemas dan secantiknya. Dan selagi masih hidup, selagi punya masa. Saya akan menjaganya sebaik-baiknya sampai bila-bila dan insyaAllah sehingga mampu bersama-sama menjejak ke syurgaNya.."
Nurul mengangkat kepala. Seakan tak percaya.. Hatinya berbisik memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.
“Ya Allah, terima kasih Ya Allah menganugerahkan hambaMu ini seorang Insan yang tulus mencintaiku keranaMu, yang sanggup membawaku kembali kepada jalan yang diredhaiMu..”
“Nurul Aiman, sudikah awak menjadi rezeki terindah yang dianugerahkan-Nya buat saya? Sudikah awak menjadi makmum dalam solat saya? Sudikah awak bersama-sama saya mengikat pertalian cinta yang InsyaAllah diredhaiNya hingga ke syurga?” lamar Majdi.
Nurul tunduk diam.. Malu…
“Nurul, kenapa awak diam…..?mak saya kate diam tanda setuju tau. Betul kan. Bila boleh saya hantar rombongan ni? hehe”, usik Majdi.
Kepalanya dianggukkan, sambil senyuman manis terukir di wajah mulus nurul.. lalu airmata mengalir di pipi halusnya... Terharu……

sourceilmi-islam.com,
karya asal :  seindah dahulu

SHARING IS CARING