28.7.11

KELEBIHAN Al- Kursi

Unknown| |
salam 1 Malaysia,moga kita semua berada dalam tahap motivasi yang terbaik,andainya hari ini tidak dapat tingkatkan tahap motivasi tersebut,jadi kekalkan ia...Hari ini teman nak berkongsi ilmu tentang kelebihan ayat kursi,sebagaimana yg kita tahu,ayat ini merupakan sebahagian ayat yg dipetik dari surah al-baqarah.

Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan supaya umat nya mengamalkan ayat kursi sebelum tidur..
Sabdanya yg bermaksud , ''apabila salah seorang dari kamu hendak masuk tidur,maka bacalah ayt al-Kursi.Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan Allah dan syaitan tidak akan menggangunya sehinggalah waktu fajar.
Dalam sabda lain,Rasulullah menjelaskan ,"barang siapa membacanya ketika hendak tidur,nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke waktu subuh,dan mengurniakan kota nur mengikut jumlah rambut yang ada di badannya. J ika pembacanya meninggal dunia pd malam itu, dia dikira mati syahid."

antara keistimewaan ayat kursi ialah:

✿ di dalam kitab Assarul Muffidah,menerangkan,sesiapa yg mengamalkan membaca ayt kursi  setiap hari sebanyak 18 kali,InsyaAllah akn dibukakan dadanya dgn berbagai -bagai hikmah,dimurahkan rezeki,dinaikkan martabat atau darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua org akn menghormati nya...Malah seseorang itu akn terpelihara dr segala bencan dgn izin Allah.




✿dari Annas bin Malik r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda,"apabila seseorang dari umatkunmembaca ayat kursi sebanyak 12 kali,kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh,nescaya Allah akn menjaganya dr kejahatan syaitanndan darjat nya sama dengan org yg membaca seluruh al-Quran sebanyak 3 kali,dan pd hari kiamat ia akan diberi mahkota dr cahaya yg menyinari semua penghuni dunia,"


✿sesiapa yg membaca ayat kursi selepas solat fardu,pagi dan petang,setiap kali keluar dan masuk rumah atau ketika bermusafir,insya Allah akn terpelihara dirinya dr godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akn memudaratkan dirinya,bahkan keluarga anak2 ,harta bendanya.


ayat kursi antara ayat yang digeruni syaitan dan iblis,maka tidak hairanlah,ayt kursi menjadi salah satu ayt yang dibaca kpd pesakit...selain itu,disarankan juga bg mereka yang berpindah ke rumah baru utk membca ayat kursi pd malam tersebut dengan harapan Allah melindungi diri,keluarga dr sebarang gangguan....


p/s: jadi marilah kt sama2 mengamalkannya,moga diri kt semua dilindungi dr sebarang kecelakaan dan gangguan syaitan,di samping ayt kursi,ayat 285 & 286 dalam surah al-Baqarah juga memberi manfaat kpd pembacanya jika ia diamalkan,akn dpt menghindarkan diri seseorang dari segala  bencana mahupun apa jua bahaya......  

SHARING IS CARING