21.7.11

aduhhhhh SAKITNYA!!!!!

Unknown|

Hollaaa sumer  hr ni nak buat entry DEMAM,bkn DEMUMMY taw...semalam da strt rse pnas ..nak demam upenya,hr ni surut ckit..alhamdulillah....entry kali ni pnjang dr biasa r.....xpe2 kat bawah ada sedikit perkongsian ilmu yg mahu d share bersama.....
agknya semalam rupa ak mcm ni kowt.......
Demam paling teruk yg pernah ak alami dalam hidup setakat ni msa form 4 dulu...1 minggu xpergi skolah,berat bdn jatuh mendadak,mana x nya habis je mkn,dan mkn ubt.....terus muntah semula,smpai ada 1 hr tu,brmula jam 11 lebih smpai 3-4 pg mcm tu,ak mntah tnpa henti....isi perut da kosng,yang kuar cma asid2 yg x betah duduk d tmptnya,smpai kluar kat hidung,...smpai dapur pon jd tmpt tido....ayh ak xboley tido tgk ak mcm tu,lalu d bancuh air glukos n bg ak minum,utk kmblikan smla tenga ak yg da hilang bersma isi2 muntah berkenaan....thanx abh sbb sudi jaga kakak time tu,jasamu dikenang...hehe.....bagus jugak dikurniakn nikmat sakit ni,buat ak ingt pada Allah yang Esa. ...kt patut bersyukur , teringt ats nasihat seseorang sbb bla kt sakit maka dosa2 kecil akan terhapus...

   “Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”(HR. Bukhari-Muslim)“Setiap orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”“Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.””“Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)”
HIKMAH SAKIT< petikan artikel ni d ambil dr wordprss>
Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.antara bnyak2 nikmat sakit yang di utarakan dlm buku ini,nikmat sakit ini yg paling menarik  perhatian ku...
Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.
Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.
Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.
Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.Dalam hadis ada diterangkan,Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
p/s: jd kwn2 jgn mengeluh ea d saat kt ditimpa sakit,malah perlu bersyukur dgn nikmat tersebut,hehe kdg2 ak pun mngeluh tnpa sedar........k renung2 kan & slmt beramal< proff izzi,mnx izin pnjam ayt ea>....^^..

SHARING IS CARING