5.5.15

Motivasi Hari Selasa

Pernah tak korang alami satu tabiat ni?

Tabiat suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Apa korang rasa, "unhappy"kan, rasa down tahap lantai, ye tak.  Tak salah jika nak buat perbandingan ni, tapi buat perbandingan keatas diri sendiri itu lebih bagus.

Sebab bila kita sendiri sibuk bandingkan diri kita dengan apa orang lain ada, sampai bila pun kita tak capai rasa bahagia. Bahkan rasa sedemikin boleh merosakkan kita. Boleh jadi selamanya kita berada dalam pemikiran negatif, rasa down,iri hati, dan takut - takut terbawa kepada rasa dengki. Sungguh ia meletihkan jika kita pilih untuk hidup dalam keadaan sedemikian.


 “Comparison is the thief of joy.” —Theodore Roosevelt

Saya pernah rasa down, dek kerana terlampau membuat perbandingan diri dan orang lain sampai saya jadi lemau dan lemah. Satu hari saya buka tafsir, saya buka secara rawak. Biasa buka secara rawak ni terus Dia beri ayat yang berkait dengan situasi kita . Lagi sekali saya dapat jawapan bersesuaian dengan apa yang saya rasa ketika itu dari surah An - Nisa ayat 32

Allah SWT befirman
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
( An -Nisa ayat 32 )
Boleh jika ingin membuat perbandingan. Bandingkan diri sendiri versi hari ini, dengan versi minggu lepas,bulan lepas 2 tahun lepas. Berapa banyak kita rasa lebih gembira, lebih kuat, lebih pandai atasi masalah, boleh buat keputusan, boleh kawal emosi, semakin dekat atau jauh kita dengan Pencipta , semakin baik atau tidak kita dari sebelumnya etc.  Itula yang sebaiknya.

Teruskan menulis "chapter" kita sendri. Care much yourself physically , spiritually and emotionally.
Stop comparing yourself with others ,just keep comparing yourself to 'YOU' ^_^

15.4.15

Wordless Wednesday #8





SubhanaAllah indah ciptaanNya sedikit pun tiada cacat cela.
 Lokasi: Peach Orchard, South Carolina.

14.4.15

Makan Tengah Hari Versi Saya

Assalamualaikum , selamat petang semua. Gigih sat nak update satu entri, kalau boleh 1 hari 1 entri, tapi harapnya bukan entri yang sekadar kongsi " life story" tetapi sesuatu yang boleh memberi inspirasi.ewah..ewah..

Tapi kalau nak update entri macam tu,perlu la banyak membaca. Teringat zaman tingkatan 6 dulu, zaman kegemilangan menulis karangan pengajian am laras sastera dan laras sains. Alhamdulillah selalu dijadikan karangan contoh dalam kelas..kihkih. Arwah cikgu aisyah memang selalu beri tunjuk ajar. Al -fatihah untuk arwah cikgu saya. Tapi sekarang dek kerana kurang membaca, penulisan pun rasa teruk sangat.

Ok berbalik pada tajuk saya tadi,okeh ni makanan tengah hari versi barang dapur tak cukup..hehe tak pun versi malas. 2 menu sahaja, sayur dengan telur dadar yang tiada rupa. Mafflah kalau gambar telur dadar tu nampak agak mengerikan, hehe. Itulah dek kerana masak ikut suka, nak tahu kenapa jadi macam tu, sebab saya letak terlalu banyak oregano, sehingga merubah teksture dan warna telur dadar tersebut. Menagis mak tengok.. 1 bintang pun tak dapat.



Okeh takat tu je la entri saya hari ni. Masak ni tak perlu pandai,perlu rajin, asal korang rajin, campak-campak tak ikut resepi pun menjadi..hee pandaila nasihat orang diri sendiri pun tak berapa rajin.

Okeh jumpe lagi di lain entri. Rajin-rajin la visit saya di page ye, Cloudwatcher Shoppe .Setakat ni belum berkesempatan nak buat review di blog mengenai barang yang saya jual, tapi banyak sisters punya stuff. InsyaAllah next entri. Ok Assalamualaikum. :)

12.4.15

Segmen Blogwalking #Part3

Assalamualaikum, bersua lagi, eh hari yang sama, bertubi-tubi entri.^_^ Hari ni hari join segmen sedunia. Boleh kira dengan jari aktiviti join segmen ni last join contest oleh bloggers dayah jelita ,tahun 2011 kalau tak silap.  Okeh jom join segment lagi. Mana tahu bertuahkan, dapat hadiah free:)

kalau nak join klik sahaja kat link ni ye. :)
**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 20 April 2015. 

11.4.15

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Hujung minggu macam ni join segmen pun best juga kan. Jom ramai -ramai join segmen ni, lagi ramai lagi meriah. Moga bertuah la wahai empunya diri.


OK! Kepada followers yang bertuah,
Nisa akan hadiahkan  Instant Shawl Magic  khas untuk 5orang sahaja, istimewa dari nisa !!


"Segmen Blogwalking +Hadiah Bertuah"

akan tamat pada 
15 Mei 2015.

8.4.15

Wordless Wednesday #7

Tok wan's clan day out.. heee.. Rindu keletah anak kecil yang menghiburkan hati. Moga menjadi penyejuk mata  dan penyenang hati ibu dan papa ye. Nanti kita jalan -jalan lagi kat IKEA.  
One of the greatest blessings given by Allah is love of family. Cherish your loved ones, treat them with affection, make them feel special.

6.4.15

DOA IMAN

Assalamualaikum semua, harap semua yang sedang baca ni sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Berkajang -kajang draft entry saya taip tapi semua pending. Kesian tengok blog ditinggalkan hampir 3 bulan lamanya. Okey hari ni baru datang mood tu nak post 1 entry. Da lama sangat teringin nak share satu doa ni, ringkas jer doanya. Macam pantun 4 kerat.

Saya jumpa doa ni masa beli koleksi album Doa dari kumpulan UNIC. Ringkas doanya, kalau budak seawal 2 tahun pun boleh ikut dan hafal. Sebab ada anak jiran yang mak jaga tu dia suka dengar.

Ketika umur Iman1 tahun saya saja putar qasidah Ya Hanana. The best part dia paling ingat ketika tu, masa kita sebut Allah (sambil angkat kedua belah tangan).

Jadi bila kita duk saja-saja, mesti dia sebut kakak, sambil angkat kedua belah tangan. Saya paham da isyaratnya tu, minta dipasang lagu Ya hanana. Geli hati dibuatnya, tengok dia terhibur dangar qasidah.

Doa iman ni pun saya on juga, memandangkan namanya pun Iman, bila pasang  doa ni lagi dia suka, sebab disebut perkataan Iman tu 4 kali. Anak kecil kan, senang nak menyerap dan mengingat maklumat. Jadi tak hairan kalau dalam usia itu mereka didedahkan dengan al Quran.

Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
Ya Allah matikan kami dalam iman,
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman,
Dan masukkan ke syurga-Mu dengan iman.

Saya cadangkan anda beli album Doa dari kumpulan UNIC. Sangat mudah nak ingat, ada doa dhuha, doa tahajud, doa isthikaharah, doa rabithah dan banyak lagi. Bacaan semuanya disertakan dengan maksud doa. Kesan dia kalau tiap kali anda naik kereta pasang CD ni, tengok dalam 2,3 bulan, boleh hafal satu CD. Lepas ni boleh la selit doa -doa ni dalam koleksi doa harian.Spread the good. till we meet again. Assalamualaikum.

10.12.14

Wordless Wednesday #6




  Look and say SubhanAllah about His beautiful creations.














22.11.14

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan



Pastinya sudah ramai yang mengakui keberkesanan Shaklee kerana vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan. Pada tahun 1956, Dr forest C Shaklee menerajui gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik, dan sememangnya dunia dan alam semulajadi tidak dapat dipisahkan.

Tatkala ramai orang mengamalkan penggunaan plastic dan bahan-bahn sintetik , Shaklee kembali kepada baha-bahan yang lebih semulajadi dan mesra alam yang tulen bagi menghasilkan vitamin. Beliau juga antra yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.
Selama lebih 50 tahun shaklee bertungkus lumus menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Jadi tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai orang dan merupakan syarikat nutrisi no 1 di Amerika Syarikat dan menjadi pilihan pertama atlet kelas dunia.

KENAPA VITAMIN SHAKLEE BAGUS UNTUK KESIHATAN?

Kerana ianya:
Sentiasa Selamat
  • Lebih daripada 80 000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan
  • Potensi terjamin –pengesahan bahan botani dari pihak ketiga
  • Ketulenan terjamin -350 ujian pencemaran dilakukan keatas setiap bahan botani
100%kepuasan terjamin

Sentiasa mesra alam
  • Tiada pengawet
  • Tiada perasa/pewarna tiruan
  • Tiada lemak trans
  • Tiada bahan-bahan tersembunyi
  • Tidak menjalani ujian makmal keatas haiwan
Sentiasa berkesan
  • Shakle memperuntukan lebih USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian klinikal ,penyelidikan dan pembangunan.
  • Bahan -bahan semulajadi yang lebih halus dan tulen
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat didalam 90 bahan kajian penerbitan   


Shakle merupakan syarikat nutrisi no 1 yang berpangkalan di US dan mendapat pensijilan Halal dari Islamic Service of America iaitu badan yang diiktiraf oleh Jakim.

Sudah ramai yang merasai keberkesan keberkesanannya termasuk diri saya sendiri dan keluarga. Perlu la diingatkan disini bahawa Shaklee merupakan makanan tambahan dan ia bukanlah ubat. Ia membantu memulihara tubuh untuk membekalkan zat yang cukup.

Pada zaman yang kian moden,Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar, buah-buahan atau sayur-sayuran yang mungkin dicemari dengan bahas kimia, gaya hidup, kehilangan nutrient dalam makanan dan sebagainya boleh asbab utama mengapa bdan kita perlukan supplement. Maka dsinilah supplement memainkan peranan untuk menutup lubang-lubang kekurangan nutrient yang dialami tubuh. 

Walaupun ada yang menafikan keperluan supplement kerana yakin mengambil keperluan vitamin dan mineral yang cukup dari makanan dan diet harian, tapi keperluan tersebut sebenarnya masih kurang untuk menampung dos nutrient yang diperlukan tubuh. Jadi pentingnya vitamin melakukan kerjanya untuk topup semula kekurangan nutriet tersebut.


SET VITAMIN SHAKLEE BAGUS UNTUK KESIHATAN

Di Shaklee mereka menawarkan Total wellness Connection yang menghubungkan anda dengan kehidupan yang lebih sihat. Kini pilihan di tangan anda !
  • Set supplement asaa untuk permulaan yang sihat
  • Set tubuh sihat & langsing
  • Set sendi untuk kekal aktif
  • Set untuk tingkatkan imun badan
  • Set Anti Penuaan
  • Set Kesihatan dan kecantikan kulit
  • Set kesihatan lelaki dan perempuan
  • Set kesihatan jantung
  • Set Pengawalan kadar gula
Di Shaklee Antara produk yang paling laris dan digemari ramai ialah Energising Protein Soy atau lebih dikenali sebagai ESP ,yang ni antara yang ditunggu promosinya, confirm kalau penggemar tegar akan beli bertong-tong untuk dijadikan stok untuk setahun. Maklumlah Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.
==========================
SEBAB KENAPA ENERGIZING
SOY PROTEIN SHAKLEE BEST

==========================
➽ Di hasilkan dari soya non GMO ( TIDAK DIUBASUAI SECARA GENETIK)
➽ KULIT REMAJA : meransang pembentukan semula kulit dan otot,mengurangkan kedutan, agent anti penuaan, percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
➽ MENGEKALKAN TENAGA BERTERUSAN, yang bertahan selama beberapa jam.
➽ DIPROSES menggunakan AIR bukan alkohol, untuk mengekalkan kandungan ISOFLAVONE .
➽ BAIK UNTUK HORMON: kacang soya satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavone FUNGSINYA SAMA DENGAN HORMON WANITA. Membantu merendahkan PARAS KOLESTROL, MENCEGAH RISIKO OSTEOPOROSIS & JANTUNG, KUATKAN IMUN,PERTINGKATKAN TAHAP KOLESTROL BAIK.
➽ RENDAH LEMAK TANPA KOLESTROL. (refer point pertama)
➽ PROTEIN SOYA TUMBUHAN LEBIH MUDAH DIHADAM berbanding haiwan.
➽ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah, nilai GI(glisemik indeks) nya yang rendah sesuai untuk pesakit diabetic.

===========================================
GABUNGAN TERHANGAT ESP HARGA SUPER JIMAT
===========================================
1. Set Penyusuan ESP+Alfalfa - sesuai untuk ibu yang ingin menyusukan anak mereka selepas kelahiran.

2. Set Kesuburan ESP+GLA - sesuai untuk mereka yang ingin cuba hamil,STABILKAN HORMON,KITARAN HAID..

3. Set Kurus ESP+Lecithin - sesuai untuk mereka yang ingin TURUNKAN BERAT BADAN.

4. Set Kulit ESP+ Vitamin E -sesuai untuk mereka yang inginkan kulit cantik bebas dari parut jerawat serta jeragat.

5. Set Gastrik ESP+Peppermint Ginger Plus - sesuai untuk mereka yang mengalami gastrik teruk.

6. Set Hamil+ Anak Bijak ESP+Omega - sesuai untuk mereka yang mengandung dan pembentukan otak anak dalam kandungan.

7. Set Tenaga ESP+Performance Drink - sesuai untuk mereka yang aktif atau bersukan...Sesuai juga ketika bulan puasa.

8. Set Migrain ESP+Ostematrix - sesuai untuk mereka yang sering sakit kepala atau migrain.

9. Set Berpantang ESP+Zinc - sesuai untuk mereka yang baru lepas bersalin secara normal atau ceaser.

10. Set Tambah Berat Badan ESP+Meal Shakes - sesuai untuk mereka yang ingin tambah berat badan, underweight.

11. Set kesihatan optimum ESP+Vitalea - sesuai untuk ibu mengandung yang selalu mengalami hb rendah.

::YANG MENARIKNYA BOLEH PILIH MENGIKUT KEPERLUAN DAN BUDJET ANDA::






Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu:YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu),BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah),ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah),SihatVitamin (Seremban).

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan produk Shaklee dan merasai kesandan perbezaannya.
Anda Bila Lagi?

Oh Ya. Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini,Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.


Akhir kalam Jika ada yang ingin mencuba produk Shaklee, bolehla kiranya tanpa segan silu hubungi saya, saya juga merupakan salah seorang pengedar, sebelum-sebelum ni saya jadi ahli hanya untuk makan sendiri, alhamdulillah bila da merasai 'shaklee effect' saya rasa bertnggungjawab untuk berkongsi dan membantu  lebih ramai orang memparbaiki taraf kesihatan. Kan bila kita sihat, nak beribadah pun semangat. Moga niat kita untuk sihat sebab nak mengubudiah diri kepada Allah dalam keadaan sihat walafiat hingga akhir hayat.

nota kaki: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sudila kiranya share dan wawarkan Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan  kepada umum.

3.10.14

Tahukah Anda Apa Itu Cinemagraph ?

Asaalamualaikum , fuh.fuh berhabuknya blog. Hari ni terajin menulis entri, esok lusa perlu terajin lagi untuk menulis. Walaupun da berblog since 2011, masih banyak lagi tentang blog yang saya sendiri masih ketinggalan, satu sahaja tujuan saya buat blog mula-mula dulu, hanya untuk suka-suka, tapi da menginjak dewasa ni tujuan tu mula berubah.Ada satu ketika saya fedup, rasa nak delete terus. Tapi bila mengenangkan susah payah menghadap coding sampai lebam, terbantut terus niat tu. Hehe eh panjang pula mukadimahnya.

Ok berbalik pada tajuk , hari ni saya nak kongsi dengan anda semua mengenai cinemagraph, saya pasti anda mesti  suka, saya pun suka juga sebab saya minat photography, alhamdulillah bila minat, secara tak langsung saya tahu term-term dalam bidang tersebut.

TAHUKAH ANDA APA ITU CINEMAGRAPH?,

cinemagraph ialah satu term photography. Secara umum gambarnya hampir sama dengan animated. gif.  Animated .gif tu apa ? alah yang gambar gerak-gerak tu. Tapi kualiti gambar cinemagraph ni lebih baik berbanding dengan animated.gif biasa. Sebab ia dihasilkan dengan mengambil satu siri gambar dalam video dan gambar tersebut akan diedit tmenggunakan editing software dan disimpan dalam format gif.

 Hari ni kita nak kongsi gambar sahaja. Lets picture talk. milkysmile









Cantikan kualiti gambar yang terhasil sebab ada keunikan tersendiri. Kalau nak tengok yang lagi cantik, boleh googling. Ada banyak sebenarnya. Saya memang taksub dua tahun lepas dengan cinemagraph ni, gigih juga googling tuto, sampai sekarang masih tak menguasaimilkysmile.Akan datang InsyaAllah bila saya sudah menguasai, saya akan kongsikan sedikit tuto nya disini. If anda nak mudah, anda boleh cari app berkaitan dengan cinemagraph ni di playstore. Ok jumpa lagi di enti berikutnya. Assalamualaikum.

19.3.14

Feel Pity On Myself

Sungguh kesian, kesian bila lihat diri sendiri,
Mungkin Allah sedang cuba menegur saya, agar saya kembali bergantung harap sepnuh nya pada Dia bukan pada manusia. Mungkin juga saya suda terlalu selesa. Jalan ini saya rasa sempit untuk saya lalui. Baertabahlah wahai hati, Allah menngujimu sebagai tanda Dia sayang.

:: Ku tahu selepas ada payah pasti ada mudah...



12.3.14

Betul ker ESP tu bagus sangat ?

eh.eh ye la, bagus rupanya ESP ni.. hehe
Ha ESP Shaklee ni bukan setakat sedap sahaja, tapi mengandungi banyak khasiat yang diperlukan tubuh secara keseluruhan nya. wee bagi penggemar soya tegar seperti saya semestinya sudah jadi pilihan. Kalau dulu masa sekolah abah siap beli kan soya season satu dozen sebagai stok bulanan kat rumah, punyala mabuk soya masa tu.

Dulu minum air soya kotak mana ada ambil peduli yang soya tu GMO ke tak, yang saya tahu minum soya tu bagus, dan rasa nya sedap. Da jadi kegemaran yang bila ditinggalkan menjadi kejanggalan eh. hihi .Saya memang tak boleh berpisah dengan makanan berasaskan soya baik dalam bentuk minuman mahupun makanan seperti tempe, tauhu, taufu dan sewaktu dengan nya.Walaupun abah dan orang sekeliling kata saya ni lebih jawa dari jawa.

Alhamdulillah bila penggemar soya macam saya ni dipertemukan dengan Energizing Soy Protein (ESP) shaklee barula timbul kesedaran yang selama ni minum berkotak-kotak soya tak berkhasiat bertahun-tahun lamanya. eh.huhuhu

Shaklee adalah pengganti susu soya terbaik dan berkhasiat walaupun tidak didatangkan dalam pelbagai bentuk perisa seperti strawbery, chocolate dan sebagainya Tapi kalau nak bagi sedap boleh jer campur pisang, mangga, biskut oreo hee boleh pelbagaikan ikut cita rasa masing-masing.  


Oh ye , protein juga penting untuk kulit dan bagi tona kulit sekata. Bagi yang ada parut jerawat yang hitam, degil dan susah nak hilang tu, anda mungkin kekurangan protein yang berfungsi untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

memang tak la nak ambil semua ni tiap-tiap hari kan, jadi penyelesaiannya sila consume ESP sebab dalam 1 tub ESP da ada semua ni..berbaloi-baloi kan  :) -credit pic familycare-
ok if berminat nak cuba ESP ni terus laju-laju Pm page saya cloudwatchershopppe atau nak senang laju-laju whatsapp/sms 019-5157824.

oh harga, insya Allah mampu milik, sebab tu ESP selalu sold out satu Malaya..
Dengan saya, jangan risau ye saya bagi harga best-best punya. http://matcuoi.com




PROMOSI ESP OCTOBER
Sebab musabab ESP laris macam goreng pisang bulan ni. Buy 6 FREE 1. wahh nak buat simpanan siap-siap ,dan boleh consume sampai tahun depan sebab ESP tengah harga runtuh sekarang ni.. Bulan lain tak dapat harga ni ye anak-anak semua..

korang nak share dengan 6/7orang family member, sanak saudara, kawan- kawan pun boleh.
Apa kelebihan beli 6 percuma 1 ni.
-FREE MEMBERSHIP
-CASH BONUS 
-PERCUMA!! - Pos: RM10 Semenanjung Malaysia. RM20 Sabah/Sarawak

Berminat join PROMO HEBAT ini? PM page saya yang ada di sidebar blog atau boleh terus wechat saya laju-laju 019-5157824/maria saharudin.

Kalau nak beli satu pon boleh ;)
cepat..cepat promosi berjalan .

29.10.13

Kehidupan dan Perubahan

Kadang-kadang
rase macam mana entah bila tengok orang susah nak dirikan solat. yang solat topup-topup, orang ni tutup aurat, ker balut aurat, ikhtilat terbang entah kemana. tepuk tampar sini sana. errr gigit jari la nampak nya.
*Aku punya thought masa awal-awal pandangan hidup berubah*

Masa tu rasa nak angkut semua orang "on the spot" dalam kebaikan. dugaan. once kita mula masuk alam perubahan, ape yang ada di sekeliling kita terlalu cepat menilai,melabel, membanding bezakan diri kita dengan orang sekeliling, rasa diri kita ni la yang paling bertuah dan baik berbanding mereka. Bahaya!

Nampak tak liciknya kerabat syaitan nirojim ni nak buat niat tu jadi tak lurus dan dalam masa yang sama ada sifat riak kat situ. Itu baru satu situasi, kalau ikut ada banyak lagi bentuk.

Ini salah satu bentuk dugaan lagi, memandangkan awak sedang dalam arus perubahan maka akan ada insan-insan sekeliling akan cuba spread negatively terhadap awak even family awak sendiri. Paling penting perlu banyak bersabar dan letak pergantungan sepenuhnya pada Allah.Mohon pada Nya agar kita diberi kekuatan untuk berdepan dengan semua yang ada di sekeliling kita, dan doa agar mereka juga diberi  hidayah oleh Nya.

Tiap-tiap dari kita memang pernah lalui "zaman jahiliah" yang cerita nya berbeza-beza. Ada yang bangkit hebat lagi lepas jatuh , tapi tak kurang juga sentiasa jatuh dan jatuh. life- is long learning process kan. kita jatuh untuk bangun. kalau kita tak cuba bangun sampai bila-bila pun kita tak akan belajar. belajar dari pengalaman, ia sangat mematangkan.

Bila kita dalam arus perubahan nak jadi baik, torn upside inside, err Allah bagi macam-macam bentuk dugaan. Tapi tak pe, Dia bagi sebab Dia tahu kita mampu (2:286) ingat tak ayat dalam surah al baqarah ni, Allah tak kan memberati seseorang melebihi kemampuan dirinya.


devianart: russanov

Sebenarnya lagi banyak kita belajar dari kehidupan ni,lagi banyak kita sedar akan sesuatu yang kita tak pernah nampak sebelum ni dan lagi banyak perkara yang kita tahu.Pada masa yang sama kita akan dapat membina kehidupan yang lebih baik dari sebelum-sebelum nya.

Akan sampai suatu masa dimana makin hari kita makin percaya dengan setiap aturan Allah untuk kita.Kita dapat menafsir satu persatu yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari, apa yang kita lalui semalam,hari ni, semua ada hikmah tersendiri.

SubhnaAllah perasaan itu adalah nikmat yang diberi oleh Nya, mugkin mengambil masa untuk merasainya. Jadi jangan pernah mempunyai prasangka yang buruk terhadap takdirNya. Teruskan usaha untuk meraih rahmat Allah, sematkan ia di lubuk hati paling dalam. have faith in Him. Yakinla yang kasih sayang Allah melebihi dari murka Nya.

26.10.13

Allah Love YOU


Just ignore what other people said about you, even they're closely with you or not,
But they don't know how hard your struggle, how much tears roll down, pain that you have to face it alone, but Allah does. 
He sees it, 
He hear, 
He care.. indeed! 
All the hardship that Allah send to you is not to impose you but to purify and complete His blessing upon you, and you might be thankful for it (5:6). 
Just be slave of Allah, not slave of other people judgement. 
Be patient with all negatively that surround you. Head up, have faith, stay strong, move on.

p/s: Because Allah love you.

21.10.13

Menuntut ilmu

late night entry, tadi baru jer mengisi perut dengan "sup pedas korea", pukul 11.00 masak, 12.00 baru boleh makan, alhamdulillah first attempt, not bad la. *masuk bakul angkat sendiri

Asalnya bukan cerita ni nak saya kongsi pada entri kali ni. Tadi nak dijadikan cerita saja singgah website JAKIM, rasanya tadi jugala baru nak explore website tu, ternampak pula pasal kemusykilan agama, Allah terpempan seketika. Mana tak nya sebelum ni tak pernah ambil tahu, yang best nya 1001 soalan kemusykilan agama ada kat situ untuk kita jadikan rujukan.
if korang drop kat website JAKIM, press 'kemusykilan agama' then akan keluar macam ni.

Saya rasa bukan saya saja, kita ni mungkin banyak da lupa topik-topik seperti ibadah,muamalat,Quran&hadis,munakahat yang kita belajar dalam subjek agama Islam waktu SPM dulu, kan. Dulu tak sedar, tak ada matlamat yang jauh, belajar atas sebab exam, saya sendiri banyak lupa. Rasa malu pula, kalau perkara asas kita tak mampu untuk terangkan bila ditanya.Menurut saya menuntut ilmu adalah satu proses berterusan, tak kisah la if kita da belajar sampai  jadi Phd holder sekali pun.

Banyak lagi yang perlu belajar, jangan kata esok ada anak, then anak tanya tak tahu jawab, baru nak tersedak. Tugas mendidik anak-anak tanggungjawab ibu bapa sendiri, jangan serahkan semata-semata pada intitusi pendidikan dan guru, sebab nak lahirkan ummah yang gemilang karakternya bermula dari rumah ye sayang. Allah. Saya yakin ramai yang nak anak-anak yang bijak, berjaya dalam kerjaya, dan sebagainya. Tapi pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kerjaya tidak menjamin kecermelangan mereka dari aspek penguasaan ilmu yang sebenar, boleh jadi mereka gagal dalam menguruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Mufti Ismail Menk ada kata, ibu bapa perlu jadi contoh terbaik untuk anak-anak mereka, "leading by example", siapa 'example' tu? KITA la 'example' tersebut.

Moral of the story, mulai sekarang polish balik ilmu-ilmu fardhu ain tu ye. Di website Jakim banyak juga topik-topik tersebut. Saya kira generasi Y sekarang sangat beruntung, jangan kata tak tahu nak cari ilmu dimana, sebab sekarang semua dihujung jari, tapi jangan la terlalu bergantung pada pak cik google tu ye, kena rujuk mereka-mereka yang diyakini ilmunya. Di youtube sendiri ada audio&video yang dimuat naik dari perbincangan-perbincangan di IKIM. If macam program Tanyalah ustaz di tv9 tu kalau kita tak sempat nak menonton, kita boleh tengok siaran ulangan di website Tonton. Mudah kan nak cari ilmu zaman ni, tinggal lagi kita nak mulakan pencarian atau tak. Ingatan untuk saya juga ..;)

p/s: . Ilmu bukan hanya pada pencapaian, tapi pada amalan dan tindakan. 
"ya Allah please increase us with knowledge".

20.9.13

Short Post #4

Andai kita hilang sokongan, tersisih dari manusia sekali pun
ingat kita masih ada Dia yang sentiasa setia menyokong kita, Dia tidak pernah mengecewakan.
insya Allah usaha dakwah sekecil zarah yang kecil itu Allah lihat dan nilai.
Keep do a good work that will benefit others. Allah see every single effort you did, even a small ones.

#positif #buat baik pada semua orang, walaupun orang tidak suka pada kita.
moga Allah anugerahkan kita mata untuk sentiasa melihat kebaikan yang ada pada semua orang, hati yang sentiasa memaafkan, dan jiwa yang tidak pernah hilang keyakinan dan harapan. Amin

17.9.13

Backbiting

salam every one, i'm drop a few minute here just to sharing something, a short one. about backbiting.
Abu Hurayrah narrated that the Prophet said, “Do you know what backbiting is?” They said, “Allah and His Messenger know best.” He then said, “It is to say something about your brother that he would dislike.” Someone asked him, “But what if what I say is true?” The Messenger of Allah said, “If what you say about him is true, you are backbiting him, but if it is not true then you have slandered him.” . (Muslim)
http://purematrimony.com/ 

p/s:  I know that sometime we're not to realize what we're talking about
 or maybe not really know we're do it.i sharing for deep reminder to me itself, and u.
may Allah grant us protection to keep away from this.

SHARING IS CARING