19.8.11

KITAB CINTA......

Salam ramadhan semua.......ha hari ni buat entry tentang kitab cinta...kitab cinta sebenarnya merupakan sebuah drama yang disiarkan di TV AL-HIJRAH....sebenarnya cerita arahan Erma Fatima ni telah ditayangkan pada bulan jun yang lalu....cuma aku saja yang terlambat sedikit.....mengetahui kehadiran tv-alhijrah juga dari ayahku..satu saluran yang harus diberi pujian kerana terdapat banyak pengisian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua......

Asalnya cerita ni aku dapat tahu dari seorang blogger,namanya cik aton....mula2 aku buat xtahu juga,hihihi....xtaula nape malam tu tangan terdetik nak buka channel ni.......aku pon buka tp pergi ke tempat lain skejap tup...tup dtg duk dpn tv semula,cerita melayu,then tekan button info....nahhhh 'KITAB CINTA' hihihi,ape lagi terus la stay tune depan tv xbegerak ke mana2....wink..wink


kalau dulu waktu siaran nya 8.30,tp sekarang 10.35.......

Memandangkan waktu siaran nya serentak dengan cerita Ramadhan Terakhir,makanya bila tiba time iklan ,tukar la channel,ada la yg nak rosak tu , xremote tu yg rosak tv yg rosak.....okeh sebelum tu,drama kitab cinta cinta ni merupakan adaptasi dari novel Taufiq Rahman....

Antara SEBAB musabab aku suka menonton drama ni:

Bergenre islamic macam filem ayat-ayat cinta,syahadat cinta,ketika cinta bertasbih dan sewaktu dengan   nya
1 lagi ssebab ia merupakan adaptasi novel.....

Dalam simpanan, aku ada novel 'BUMI CINTA' karya Habiburrahman El Shirazy,korang mesti kenal kan,penulis novel ayat-ayat cinta.....bumi cinta pun xhabis baca lagi..huhuhu
                                             

sila scroLl untuk baca sinopsis novel ini..




Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqrahman

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.


Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.


Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. 


Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. 


Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa 


Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. 


Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.


Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.


Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. 


Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.





p/s: okeh setakat in saja entry mengenai 'kitab cinta' ......siyesss aku suka tengok fazura bertudung,moga kelak dia diberi hidayah....amin...kalau rase nak wat simpanan citer ni korang boleh download kat sini..SINI....setakat ni sje,jumpa lagi..ok assalamualaikum....^^__

SHARING IS CARING